Surat palsu guna nama & tandatangan KP JKDM

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan surat palsu yang meminta penerima surat membuat pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggunakan nama dan tandatangan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana Mohd Zainuddin.

JKDM menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat seperti ini dan segala maklumat yang tertera adalah palsu.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan telah oleh Cawangan Perhubungan Awam Ibu Pejabat JKDM di sini pada Selasa.

“JKDM sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa terpelihara.

“Orang ramai diingatkan jangan terpedaya dan lebih berhati-hati serta prihatin dengan membuat semakan serta pengesahan terlebih dahulu kepada sumber rasmi JKDM mengenai apa-apa maklumat yang diterima,” katanya. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat