Jalaludin Gesa SPR Perjelas Status Pengundi 18

- Advertisement -

CYBERJAYA: Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaludin Alias dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya semalam, menggesa Suruhanjaya Piliharaya (SPR) agar menjelaskan kepada rakyat status pengundi berusia 18 tahun yang pindaan perlembagaan mengenainya telah dilakukan di Parlimen pada tahun 2019.

“Pada 16 Julai 2019, Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat telah melakar sejarah apabila berjaya melakukan pindaan terhadap perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had minima umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun selepas mendapat sokongan 211 Ahli Parlimen. Saya merupakan salah seorang yang menyokong kepada pindaan itu”, kata Jalaludin seperti dipetik dari hantaran tersebut.

Tambah beliau lagi, “Barisan Nasional yang pada ketika itu berada di blok pembangkang, dengan berbesar hati dan berlapang dada memberikan sokongan secara en bloc kepada pindaan yang dilakukan kerana Barisan Nasional yakin golongan muda seawal usia 18 tahun ini wajar diberikan peluang untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka untuk menerajui negara. BN raikan anak muda”.

Jalaludin turut memetik jawapan Timbalan Menteri JPM (Undang-Undang) di dalam Dewan Rakyat yang pada ketika itu bertarikh 5 November 2019, dimana Timbalan Menteri berkenaan menyebut bahawa SPR menjangkakan bahawa proses tersebut memakan masa lebih kurang 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019 untuk dilaksanakan. Jangkaan tarikh pelaksanaan tersebut jelas bekas Timbalan Menteri berkenaan adalah selewat-lewatnya pada bulan Julai 2021.

(Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 5 November 2019, halaman 137)

“Akan tetapi, pada 10 Mac 2021, Yang Di Pertua Dewan Negara ada menyebut dalam satu bual bicara bahawa kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan atas pelbagai kekangan”, cetus Jalaludin lagi.

Keadaan ini jelas Ketua Bahagian UMNO Jelebu itu agak menghairankan, bagaimana perkara ini boleh disebut oleh Yang Dipertua Dewan Negara, sedangkan tidak ada satu kenyataan rasmi pun yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ataupun oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal Undang-Undang selaku pihak yang lebih layak mengulas mengenai perkara tersebut?

“Adakah Yang Dipertua Dewan Negara mendahului pihak SPR?”, soal beliau lagi.

Beliau turut menambah, sekalipun berlaku pertukaran kerajaan pada Mac 2020, perkara itu katanya tidak sepatutnya mengganggu urusan SPR dan ianya juga tidak merubah sebarang keputusan kerana pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu telah diluluskan dan ianya wajib dilaksanakan.

Jelasnya lagi, tempoh hampir 2 tahun yang diperuntukkan kepada pihak SPR selepas RUU tersebut diluluskan sepatutnya sudah mencukupi bagi melakukan persiapan yang sepatutnya.

“Tidak kiralah parti mana yang akan disokong oleh anak muda kelak, tapi hak mereka kita telah persetujui, kita telah berikan, dan kita harus hormati hak mereka”, katanya.

Berbaki lebih kurang 4 bulan sahaja lagi sebelum Julai 2021, Jalaludin merasakan pihak SPR perlu memaklumkan apakah status terkini pelaksanaan Undi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik ini. Beliau juga mahu tahu adakah benar ianya tidak akan dapat dilaksanakan pada PRU-15 yang akan datang?

Rakyat katanya perlukan jawapan.

Selain itu tambah Jalaludin, SPR juga perlu memberikan makluman perkembangan terkini berkenaan perkara ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak atau parti yang terlibat bagi membolehkan parti melakukan persediaan yang sepatutnya.

Diakhirnya, Jalaludin menegaskan agar semua pihak bukan sahaja perlu memghormati perlembagaan Persekutan bahkan hak anak muda yang telah dipersetujui melalui pindaan berkenaan.

Sumber: Akaun Facebook Datuk Seri Jalaludin Alias

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat