PKPD Kampung Tringgus Di Sarawak Tamat Esok – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Sarawak yang bermula pada 8 Mac lepas akan tamat esok, sebagaimana yang telah dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif empat kes positif COVID-19 direkodkan. KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP, beliau berkata hanya enam individu dikompaun atas kesalahan ingkar SOP semalam kerana tidak memakai pelitup muka dan gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan.

Beliau berkata Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 67,207 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP.

Ismail Sabri berkata 49 pendatang tanpa izin turut ditangkap dalam Operasi Benteng pada hari sama bagi mengawal sempadan negara.

Beliau berkata anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga melakukan 11 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara dengan kesemua tapak binaan terbabit didapati mematuhi SOP.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata 1,406 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dengan kesemua mereka telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin seluruh negara. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat