Polis Siasat Ahli Politik Didakwa Cabul Isteri Orang – Laporan

CYBERJAYA – Pihak polis dilaporkan sedang menyiasat kes dakwaan cabul isteri orang yang melibatkan seorang ahli politik bergelar Datuk.

Memetik laporan Sinar, polis kini sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan yang didakwa berlaku di Taman Melawati, Ampang.

Ahli politik terbabit bersama isterinya dipercayai datang tumpang bermalam di rumah mangsa dan suaminya antara Julai hingga 15 Ogos tahun lalu.

Suami mangsa merupakan kenalan kepada isteri Datuk tersebut, kata laporan itu.

“Suspek bersama isterinya tumpang bermalam setelah datang melawat mangsa dan suaminya di rumah berkenaan.

“Kejadian berlaku antara jam 1 pagi hingga 5 pagi. Mangsa tidur di bilik bersebelahan bilik suspek. Dia kemudiannya tersedar selepas dirinya dicium dan dicabul.

“Pada mulanya mangsa menyangkakan perbuatan itu dilakukan oleh suaminya namun mangsa terkejut apabila mendapati ia dilakukan suspek,” katanya.

Menurutnya, mangsa pada awalnya tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan suami, serta turut mendakwa suspek mempunyai pistol selain mempunyai sikap panas baran.

“Mangsa juga mendakwa mempunyai hutang sebanyak RM200,000 dengan suspek bagi urusan perniagaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan mengenai laporan polis yang dibuat pada 16 Mac lalu.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan kesan saksi yang terlibat,” katanya, yang turut menjelaskan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seperti dilaporkan.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...