Perang Kuasa – Pemilihan UMNO vs PRU15

- Advertisement -

Dalam menentukan yang mana harus diadakan lebih awal, Pemilihan UMNO atau PRU15 sebenarnya adalah satu ‘perang kuasa’ yang telah disedari ramai. Cuma terserah kepada pendirian masing-masing untuk menentukan siapa antagonis & siapa pula protagonis dalam perang ini.

Pihak yang mendesak PRU15 diadakan lebih awal kerana sisa kuasa yang terletak padanya cuma untuk menandatangani watikah pelantikan calon PRU. Itu saja keangkuhan yang tinggal… nokhtah.

Kekhuatiran BN kalah jika PRU15 lambat diadakan hanyalah andaian peribadi setelah usaha memburukkan kerajaan yang terbina hari ini dengan peningkatan kes/kematian C19 – gagal, isu peningkatan harga barang – juga gagal. Isu basi yang tinggal cuma memanipulasi PM hari ini adalah tunggul & boneka kepada PPBM.

Mood terhadap kerajaan yang menerajui negara hari ini semakin positif. Tidak dapat dinafikan impaknya berpunca daripada pimpinan teratas, PM yang meminggirkan polemik politik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada survival rakyat.

Mood itu telah dibuktikan dengan kemenangan BN di PRN Melaka dan kemenangan GPS di PRN Sarawak. BN/GPS dapat buktikan kekuatan sebenar di pentas pilihan raya yang ‘rata’ – tanpa fitnah dan hasutan melampau seperti PRU14.

Toleransi seperti itu secara tidak langsung berpunca daripada MoU yang ditandatangani  DSIS bersama pimpinan pembangkang (PH).

Tiada usaha serius memburukkan kerajaan hari ini daripada pembangkang (PH)… yang ada sekarang adalah daripada segelintir pihak dan tentera upahan yang risau Pemilihan UMNO terpaksa diadakan lebih awal daripada PRU15.

Ini kerana tempoh akhir UMNO mengadakan pemilihan sehingga Disember 2022 tapi tempoh maksimum PRU15 adalah pertengahan 2023.

Jika terdapat pertandingan dan kalah di jawatan teratas UMNO, risikonya adalah hilang sisa kuasa untuk menandatangani watikah pelantikan calon PRU. Jadi kita boleh tafsirkan sendiri kekhuatiran itu sebenarnya untuk UMNO/BN atau untuk diri sendiri.

Di pihak PM DSIS pula kuasanya adalah untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15. Tiada alasan kukuh untuk mendesak DSIS mengadakan PRU15 lebih awal daripada 2023.

Respect kepada Timbalan Presiden UMNO yang tidak gopoh dan masih menjunjung titah YDPA yang tidak memperkenankan PRU diadakan dalam masa negara masih bergelut dengan pandemik dan krisis ekonomi.

Untuk rujukan, YDPA memperkenankan PRN Sarawak kerana tempoh untuk mengadakannya sudah lama berlalu tapi baru sekarang perintah darurat ditamatkan.

PRU15 masih ada tempohnya sehingga pertengahan 2023, atas kekhuatiran apa mahu diawalkan sedangkan kita baru mula merangkak bangun kembali dari pandemik dan krisis ekonomi.

Sepatutnya Pemilihan UMNO yang perlu diawalkan kerana tempohnya sudah tertangguh sejak Jun 2021, sebelum ditunda 18 bulan (Disember 2022) akibat pandemik dan perintah darurat.

Jika selepas Disember 2022 pemilihan ditunda lagi sehingga selepas PRU15 (2023), kita boleh buat tafsiran mudah itulah protagonis sebenar dalam ‘perang kuasa’ ini.

Dikhabarkan 123 UMNO Bahagian di seluruh negara mengusulkan agar kedudukan DSIS sebagai Perdana Menteri kekal sehingga tamat penggal Parlimen pada 2023, dan dijadikan calon Perdana Menteri Barisan Nasional dalam PRU15.

123 Umno Bahagian tolak PRU awal, sokong Ismail Sabri kekal PM

Tahniah kepada semua perwakilan UMNO cawangan/bahagian yang telah membuat keputusan rasional & bijaksana.

-RR

Kuala Lumpur

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat