Konsep Penerbangan “Tak Kemana-Mana”, Mula Mendapat Tempat

- Advertisement -

SYDNEY: Wabak yang melanda dunia sekarang menyaksikan industri penerbangan terjejas teruk. Kerananya, banyak syarikat penerbangan mencari jalan bagaimana untuk menjana semula pendapatan dan meneruskan perniagaan.

Penerbangan Singapura (Singapore Airlines) umpamanya, antara yang paling terkesan.

Memburukkan keadaan, syarikat itu tidak mempunyai perkhidmatan penerbangan domestik memandangkan saiz Singapura yang terlalu kecil untuk membolehkan ia diadakan. Sementara penerbangan antarabangsa pula, terhalang oleh penutupan sempadan bagi menyekat penularan wabak.

Maka itu idea “penerbangan tidak kemana-mana” ini terhasil – konsep penerbangan yang hanya menumpu kepada perjalanan, bukan destinasi.

Idea ini menyaksikan penumpang menaiki pesawat dan terbang selama beberapa jam sebelum kembali semula ke lapangan terbang yang sama. Selain pengalaman terbang bagi yang mungkin tak pernah merasainya, ia juga memberi peluang kepada pelanggan menyaksikan pemandangan udara di tempat-tempat menarik yang bersesuaian.

Peluang inilah yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Qantas, sebuah syarikat penerbangan Australia apabila mereka berjaya menjual tiket penerbangan tidak kemana-mana ini sehingga habis, hanya dalam tempoh 10 minit!

“Ia mungkin jualan tiket terpantas dalam sejarah”, kata CEO syarikat tersebut Alan Joyce.

Penerbangan yang mengambil masa 7 jam itu nanti, bakal melalui ruang udara wilayah seperti Queensland, Gold Coast, New South Wales dan kawasan pendalaman lain negara itu. Ia juga dijadual membuat penerbangan rendah di kawasan seperti Uluru dan pantai Bondi sebelum mendarat semula dimana ia bermula.

Dari atas, ia menawarkan pemandangan menarik kawasan seperti Pelabuhan Sydney dan Batu Karang Besar kepada 134 penumpang apabila ia dijadualkan terbang pada 10 Oktober akan datang.

Qantas menawarkan perkhidmatan ini di atas pesawat Boeing 787 Dreamliner milik syarikat berkenaan. Pesawat jenis ini terkenal dengan tingkapnya yang besar, seterusnya menjadikan ia sesuai dengan konsep penerbangan seperti itu.

Bagi menambah tarikan, persembahan istimewa dalam penerbangan juga bakal disediakan seperti penampilan selebriti dan sebagainya.

Harga tiket yang ditawarkan mengikut kelas penerbangan yang berjumlah antara AUD787 (RM2,360) hingga AUD3,787 (RM11,360).

Berikutan sambutan yang baik di Australia ini, beberapa buah syarikat penerbangan di Asia seperti Eva Air Taiwan dan ANA Air Jepun telah membuat perancangan penerbangan yang sama.

Singapore Airlines seperti dilaporkan media tempatan negara berkenaan, turut sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perkhidmatan ini pada bulan Oktober nanti – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat