Seorang Lagi Mangsa Keracunan Karbon Monoksida Belum Tunjuk Perkembangan Positif

- Advertisement -

CYBERJAYA – Markas Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan seorang lagi mangsa yang mengalami keracunan karbon monoksida ketika berehat dalam kereta dekat stesen minyak di Sama Gagah, Bukit Mertajam baru-baru ini masih belum menunjukkan perkembangan positif.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, Markas Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan, mangsa sedang menerima rawatan rapi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini.

“Mangsa telah dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke HAT Tuanku Mizan pada tarikh kejadian untuk diberi rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Unit Rawatan Hiperbarik hospital berkenaan.

“Pesakit tersebut masih dipantau dan diberi rawatan rapi dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan beliau yang belum menunjukkan perkembangan positif,” kata kenyataan tersebut, pada Jumaat.

Sehubungan itu, ATM menyeru seluruh rakyat negara ini agar mendoakan yang terbaik untuk mangsa dan keluarganya.

Terdahulu, tiga daripada empat pelajar kolej yang sedang menunggu hari konvokesyen maut selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida setelah tertidur di dalam kereta.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat