Muat Turun WeChat & TikTok Diharamkan Di Amerika Syarikat Mulai Esok

- Advertisement -

JABATAN Perdagangan Amerika Syarikat merancang untuk menyekat akses kepada aplikasi WeChat dan Tiktok bermula esok, selaras dengan tarikh kuatkuasa perintah eksekutif Presiden Donald Trump.

Semalam ia mengumumkan sebarang tindakan mengedar dan mengekalkan 2 aplikasi berkenaan di kedai dalam talian, akan dikenakan tindakan. Apple dan Google – pengendali Apple Store dan Google Play, bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.

Aplikasi yang sudah sedia di muat turun tidak akan terjejas.

“Perubahan sebenarnya yang akan berlaku ialah pengguna tidak dapat menerima sebarang kemaskini, peningkatan aplikasi dan sebagainya mulai malam Ahad”, kata Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross semalam.

Berbanding TikTok, sekatan ke atas WeChat lebih meluas. Bermula esok, adalah haram untuk menjadi hos atau memindahkan trafik internet yang dikaitjkan dengan aplikasi berkenaan. Tiktok juga akan menerima nasib yang sama pada 12 November nanti, kalau kerjasama ByteDance dengan Oracle baru-baru ini, tidak memenuhi kehendak pentadbiran Trump.

TikTok dalam satu kenyataan menyebut, ia tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan kecewa ia dilaksanakan.

“Komuniti kami yang terdiri daripada 100 juta pengguna di AS menyukai TikTok kerana ia adalah ruang untuk hiburan, ekspresi diri, dan hubungan,” kata syarikat itu, “dan kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan mereka ketika kami terus berusaha untuk memberikan kegembiraan kepada keluarga dan kerjaya yang bermakna bagi mereka di platform kami”.

Tencent, pemilik WeChat, pula berkata pihaknya sedang mengkaji sekatan yang digariskan oleh Jabatan Perdagangan itu.

Sekatan lebih lanjut masih boleh diumumkan kemudian, termasuk terhadap aplikasi lain jika mereka dilihat dapat digunakan sebagai penyelesaian.

Dalam perbicaraan sebelumnya, kerajaan AS menyarankan agar sekatan TikTok dan WeChat dihadkan dan tidak bertujuan untuk menjejaskan pengguna atau pekerja TikTok di AS.

Pekerja TikTok tetap dapat menerima gaji dan faedah dan melakukan pekerjaan seharian tanpa melanggar larangan tersebut – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat