TV3 siar dokumentari istimewa Tinta Syurga hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sempena Nuzul al-Quran yang diraikan umat Islam di Malaysia, hari ini, TV3 menyajikan Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul al-Quran yang mengajak penonton melihat proses penghasilan mushaf iaitu naskhah al-Quran bertulis tangan untuk percetakan al-Quran di Malaysia.

Dokumentari yang diterbitkan sempena mengenang peristiwa paling istimewa dan bersejarah buat umat Islam apabila Allah menurunkan mukjizat teragung, al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW, disiarkan pada jam 9 malam ini di TV3.

Penonton dapat melihat proses dilalui sebelum al-Quran dicetak dan kerja menyalin ayat suci dilakukan secara manual menggunakan tangan di atas kertas manuskrip bersaiz A1.

Begitu juga dengan hiasan pada setiap halaman yang dikenali sebagai seni zukhruf yang dianggap antara cabaran proses menghasilkan mushaf.

 

Setiap penerbitan dan percetakan al-Quran di Malaysia wajib memiliki cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada kalam suci Allah yang cacat dan silap. Foto Ihsan TV3
Setiap penerbitan dan percetakan al-Quran di Malaysia wajib memiliki cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada kalam suci Allah yang cacat dan silap. Foto Ihsan TV3

 

Melalui pengisiannya, penonton dapat melihat bagaimana Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) juga memainkan peranan besar dalam memartabatkan kesucian al-Quran di Malaysia.

Setiap penerbitan dan percetakan al-Quran di Malaysia wajib memiliki cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada kalam suci Allah yang cacat dan silap.

Justeru, entiti digelar Lajnah Tashih al-Quran KDN membawa peranan cukup besar sebagai usaha kerajaan untuk memelihara kesucian ayat al-Quran di Malaysia.

TV3 dalam kenyataan menyebut, dokumentari istimewa sejam ini merungkai bagaimana sejarah awal pengumpulan dan penyalinan wahyu Allah kepada sebuah mushaf sehingga membina tamadun ilmu yang tinggi dalam dunia Islam.

Penggambaran Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul al-Quran mengambil masa 14 hari sejak 25 Februari lalu.

Kerja ‘shooting’ membabitkan beberapa lokasi seperti Muzium Kesenian Islam Malaysia, Yayasan Restu, Shah Alam, Nasyrul Quran, Putrajaya, Masjid Al-Badr 1000 Selawat di Pulau Pangkor, Perak, dan Kota Bharu Kelantan.

Dokumentari istimewa ini diterajui Penerbit, Nurul Fariha Onn; Penerbit Penyelaras, Mohd Izzul Iswat Mohd Azman dan Penerbit Eksekutif, Muhammad Amin Yusoff.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat