Sharifah Rose ‘anak emas’ TV3 ?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Sharifah Rose, 24, tidak melatah apabila dia terus dikaitkan menjadi ‘anak emas’ TV3 kerana sering mendapat peluang menjayakan watak utama sebagai ‘heroin’ dalam drama dihasilkan untuk stesen itu.

Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata dia masih lagi belajar berlakon dan tawaran watak heroin diperoleh itu baginya adalah rezeki daripada Allah.

“Saya tak pernah anggap diri saya ‘anak emas’ TV3. Mungkin, semuanya bermula ketika drama pertama saya, Kekasih Hati Mr Bodyguard yang mendapat perhatian ramai penonton.

“Mungkin dari situ, stesen TV perasan lakonan saya dapat tarik penonton dan mereka terus beri peluang untuk membintangi drama lain pula. Setakat ini, saya pun baru ada tiga drama di TV3,” katanya.

Selain Kekasih Hati Mr Bodyguard, Sharifah Rose juga muncul dengan drama 3 Nota Cinta sebelum ini bersama Ashraf Muslim dan terbaharu, Do You Love Me, Captain? dengan pelakon Ali Rezark.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan tawaran ini dan berusaha memberikan lakonan terbaik. Walau dikritik penonton, saya okey dan menerima dengan positif. Bagi saya, kritikan itu tak patahkan semangat.

“Ia sebenarnya lagi menjadikan penyuntik semangat untuk saya terus belajar memantapkan mutu lakonan. Saya pun tak ambil hati apabila dikritik penonton.

“Sebabnya, kadang-kadang memang saya ada berbuat salah, tapi tak sedar. Pada saya, mungkin ingat dah buat yang betul, tapi penonton bijak menilai. Jadi, saya perlu belajar untuk buat lebih baik lagi,” katanya.

Melakonkan watak Daneena, seorang juruterbang, drama Do You Love Me, Captain? disiarkan di slot Lestary TV3 mulai 13 April lalu dari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam yang diarahkan Adam Hamid.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat