AS Harus Rebut Peluang Manfaatkan Pelaburan Mega Ditawarkan RCEP – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Malaysia berpandangan Amerika Syarikat (AS) harus memanfaatkan dan merebut peluang pelaburan mega yang ditawarkan menerusi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Malaysia telah menyelesaikan pengesahan menyertai RCEP dan telah menghantar ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN di Jakarta.

Ismail berkata, Malaysia sentiasa terus terbuka dengan dasar pro-perniagaan dan pragmatik yang menyokong iklim pelaburan.

Ujarnya lagi, perjanjian RCEP bagi pihak Malaysia akan berkuat kuasa pada 18 Mac 2022 ini.

“RCEP adalah salah satu pemboleh ubah untuk membantu Malaysia dan lebih 10 buah negara lain menghidupkan semula aktiviti perniagaan domestik dan antarabangsanya.

“Saya akan menggalakkan komuniti perniagaan AS untuk memanfaatkan peluang pelaburan luas yang dibentangkan oleh perjanjian perdagangan mega ini,” katanya, menerusi ucapan pembukaan sempena mesyuarat antara Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC), hari ini.

Teks ucapan beliau itu dibaca oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain Malaysia, perjanjian RCEP turut disertai beberapa negara lain seperti Australia, New Zealand, China, Jepun, Brunei, Kemboja, Laos, Singapura, Thailand dan Vietnam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat