Agihan Bantuan Wang Ihsan Banjir Di Enam Negeri Capai 100 Peratus – NADMA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa banjir di Perak, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan mencapai kadar 100 peratus setakat Rabu.

Selain itu, agihan di Pahang adalah 97.1 peratus dan 97 peratus bagi penduduk Selangor, sehingga jam 8 pagi, lapor Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Secara keseluruhan, seramai 118,837 Ketua Isi Rumah (KIR) telah didaftarkan layak untuk menerima BWI.

“Sejumlah 105,134 KIR dilaporkan terkesan bencana banjir gelombang pertama manakala 13,703 KIR terkesan ketika gelombang kedua.

“Daripada 30,461 KIR yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir gelombang pertama, seramai 29,643 bersamaan 97.3 peratus telah menerima bayaran BWI.

“Daripada 6,118 KIR yang berdaftar di PPS ketika banjir gelombang kedua, seramai 3,505 (57.3 peratus) KIR telah menerima BWI.

“Bagi 82,258 KIR yang tidak berpindah, seramai 41,798 (50.8 peratus) KIR telah menerima BWI,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, seramai 7,372 (9.1 peratus) daripada 80,726 KIR telah menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) yang berjumlah RM2,500.

“Ia adalah sebagai bantuan daripada kerajaan bagi mengganti peralatan dan perabot yang rosak serta kediaman yang ditenggelami air.

“Bantuan Banjir Keluarga Malaysia turut menawarkan bantuan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

“Bagi bantuan pembaikan maksimum RM5,000 yang diurus Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), daripada 439 KIR yang didaftarkan, seramai 13 KIR telah menerima Bantuan Pembaikan rumah.

“KIR yang selebihnya masih dalam proses penilaian ICU JPM. Bagi Bantuan Pembaikan Rumah RM5,001 hingga RM15,000, seramai 41 KIR yang telah dinilai sebagai projek rintis ICU JPM melibatkan negeri Pahang (20), Melaka (10) dan Kelantan (11) telah menerima bantuan itu,” katanya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat