Anwar patut umum GST akan kembali tapi tak sebut langsung- Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan ‘terlepas peluang’ apabila tidak mengumumkan pengenalan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sekiranya tujuan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara maka adalah wajar untuk Anwar merangkap Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan semula GST ataupun sekurang-kurangnya beri isyarat GST akan kembali.

Namun, beliau langsung tidak menyebutnya, kata Khairy.

“Kali ini Perdana Menteri tak ada perkiraan politik sangat sebab pilihan raya negeri dah selesai, ada 4 tahun lagi untuk mentadbir.

“Justeru, Anwar mengambil keputusan bahawa tak perlu kita flashy, tak perlu kita populis dalam belanjawan kali ini… kita buat belanjawan yang sensible.

“Jadi, dari segi political economy ataupun perkiraan politik dalam menentukan belanjawan, Anwar ada masa dan nak memberi isyarat
sebab itulah saya berpendapat bahawa miss goal here adalah GST.

“Sebab kalau tujuan adalah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan, sayugia GST perlu diumumkan ataupun sekurang-kurangnya isyarat GST disebut bahawa ia akan datang tetapi langsung tidak ada,” kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Hal demikian, kata bekas Menteri Kabinet itu isyarat ini penting.

“Tetapi saya juga rasa bahawa they cannot wait forever sebab kalau sekiranya ..nak tunggu perfect baru nak buat maka tanggungan subsidi itu akan meningkat dan kita akan datang dekat dengan kitaran pilihan raya.

“Saya berpendapat bahkan ramai juga yang kata Belanjawan 2024 ini, belanjawan yang bertanggungjawab, belanjawan yang tidak flashy, belanjawan yang tidak ada sesuatu yang boleh ditakrifkan sebagai gula-gula sangatlah walaupun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ada peningkatan tetapi tidaklah dikatakan sebagai belanjawan yang populis.

“Kita bukan dalam musim pilihan raya dan pandemik, orang kena ingat belanjawan sebelum ini sama ada belanjawan di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah belanjawan yang dibuat waktu pandemik sebab itu ia nampak populis dan ia datang dekat dengan pilihan raya,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, bekas penasihat ekonomi Ismail Sabri, Shahril Hamdan pula berkata, Anwar berada dalam keadaan yang beliau boleh buat perkara ini (GST).

“Ini kerana pengangguran berada dalam keadaan rendah sama dengan pra pandemik, soal inflasi walaupun risiko masih ada tetapi agak terurus jadi dua indikator utama untuk membolehkan beliau kata kita kembali kepada zaman belanjawan yang lebih normal dan tidak terlalu populis dan banyak goodies adalah dua indikator ini pengangguran menurun, inflasi terkawal.

“…dan juga beliau masuk dalam pejabat dalam keadaan perkara itu semakin lama semakin baik. Masalah Anwar satu saja iaitu Ringgit itu belum selesai lagi macam mana dia nak uruskan indikator itu tapi belanjawan lebih sensible,” kata Shahril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat