Pahang sumbang RM25,000 kepada keluarga arwah Muhammad Izzat – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang menyumbang RM25,000 bantu membawa pulang jenazah Allahyarham Muhammad Izzat yang meninggal dunia ketika dalam tahanan imigresen di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM25,000 kepada keluarga Allahyarham.

“Kerajaan Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Izzat Abdul Wahab yang meninggal dunia ketika dalam tahanan imigresen di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM25,000 kepada keluarga arwah bagi membantu membawa pulang jenazah Allahyarham ke tanah air untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kuantan.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Pahang melahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa arwah,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berharap keluarga Allahyarham dapat bersabar atas dugaan berat yang sedang dihadapi ini.

“Marilah kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

“Saya juga berharap agar orang ramai lebih berhati-hati ketika menerima sebarang tawaran bekerja di luar negara dan pastikan kesahihannya terlebih dahulu bagi mengelak menjadi mangsa perdagangan manusia,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Muhammad Aizat dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan imigresen Myanmar selepas diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di negara itu.

Beliau yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak disahkan meninggal dunia pada 14 Oktober lalu di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar.

Mangsa yang berasal dari Kuantan, Pahang itu sebelum ini dipercayai diperdaya oleh kumpulan sindiket telah menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand dan kemudian diculik ke Myanmar melalui jalan darat.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat