Anwar minta Hamzah kemuka bukti MP Kuala Kangsar diugut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengemukakan bukti berhubung dakwaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar diugut.

Anwar berkata dakwaan itu timbul selepas Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengisytiharkan sokongan kepadanya, suatu perkara serius yang perlu disiasat.

“Kalau ada bukti dia kena bawa,” katanya di Putrajaya, lapor FMT.

Sebelum ini, Iskandar menerusi kenyataan menjelaskan beliau menyokong kepimpinan Anwar kerana tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terbiar dan ketinggalan semata-mata perbalahan naratif politik, walaupun dia tetap bersama Bersatu.

Keesokannya, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) mendakwa Iskandar “diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah” oleh seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan pertemuan dengan seorang ahli perniagaan yang menjanjikan habuan wang dan kedudukan dalam beberapa syarikat.

Hamzah bagaimanapun tidak menamakan pegawai tinggi dan ahli perniagaan berkenaan.

Sambil berterima kasih atas sokongan Iskandar, Anwar berkata status pembangkang tidak patut menjejaskan hubungan antara wakil rakyat dengan pemerintah.

“Lihat apa cuba kita lakukan tentang dasar ekonomi. Merakyatkan. Sepatutnya suatu hubungan yang baik,” katanya.

Sebelum ini, Anwar menyeru pembangkang untuk berunding dengan pemerintah agar isu peruntukan Ahli Parlimen boleh diselesaikan secepat mungkin, meskipun sehingga hari ini beliau hanya berdepan permusuhan.

Terdahulu Hamzah mendakwa wujudnya intimidasi dan ugutan digunakan ke atas Ahli Parlimen Kuala Kangsar bagi mendapat sokongan agar kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

“Pada 1 Oktober 2023, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dibawa untuk bertemu dengan seorang pegawai tertinggi SPRM di sebuah hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang telah pun disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan.

“Sebelum itu, pada 26 September 2023, Ahli Parlimen Kuala Kangsar juga telah didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri di sebuah lokasi sekitar Damansara.

“Beliau telah ditekan dan didesak untuk menyokong Perdana Menteri serta dijanjikan habuan wang ringgit dan kedudukan dalam beberapa syarikat,” kata Hamzah dalam kenyataan pada Jumaat.

Ketua Pembangkang itu berkata, dalam pertemuan bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Kuala Kangsar juga kelihatan amat tertekan akibat intimidasi yang dikenakan terhadap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat