MAGICA Events meluaskan sayap ke ‘PICC’ Putrajaya

- Advertisement -

MAGICA Events telah membuka cawangan yang ke 10 di pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Magica Events telah membuka dua dewan yang bertemakan musim ‘Winter’ dan ‘Auntumn’ dengan harga promosi yang bermula pada RM 9,999.

Dua dewan ini dilengkapi dengan pelbagai dekorasi ekslusif serta mendamaikan dan menjadikan ianya sebuah tempat yang paling diminati setiap individu terutama pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Bukan hanya itu, ruang dewan yang luas beserta tempat parkir yang mampu memuatkan jumlah kapasiti tetamu yang ramai adalah aspek utama yang dilihat orang ramai sebelum membuat tempahan.

Tampil dengan dua dewan bertemakan musim luruh dan sejuk, MAGICA Events & Function Halls mampu menjimatkan kos untuk mengeluarkan bajet lain bagi setiap tema yang anda ingin lakukan pada hari bahagia itu.

Dua dewan yang terletak di ruang legar utama PICC turut menjamin keselesaan setiap tetamu yang hadir kerana lokasinya yang begitu strategik dan privasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAGICA, Chen Bee Kheng dan Mohamad Saad Mohamad Rejab, dewan Winter Hall dan Autumn Hall bakal menyerikan hari bahagia setiap individu kerana pakej yang ditawarkan termasuk dekorasi indah yang dilakukan pada setiap dewan.

“Winter Hall mampu memuatkan dari 500 ke 1500 manakala Autumn Hall pula dari 350 ke 1000 tetamu.

“Dekorasi musim luruh dan sejuk yang diserikan di dua dewan ini sememangnya menjadi tema kegemaran setiap individu terutama pasangan yang akan berkahwin.

“Jadi kami di MAGICA Events & Function Hall ingin merealisasikan impian itu sekali gus memudahkan proses dan menjimatkan kos mereka untuk dekorasi dewan.

“Malah harga yang kami tawarkan pun sangat berbaloi dan rata-rata berpuas hati dengan servis yang kami berikan. Dua dewan di PICC ini adalah cawangan ke-10 dan dewan ke 22 MAGICA,” katanya.

Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA tidak hanya terhad kepada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya memberi peluang kepada orang ramai untuk mengadakan sebarang majlis yang bersesuaian.

Selain di PICC, MAGICA mempunyai beberapa dewan yang mempunyai konsep tema berbeza iaitu:

1. MAGICA Events,Star Avenue, subang
2. MAGICA Hall @ Space 8, Shah Alam
3. MAGICA Events Cheras Hall
4. MAGICA Hall Plaza Alam Sentral, Shah Alam
5. MAGICA Victory @ Quill City Mall, Kuala Lumpur
6.MAGICA SETIA ALAM
7.MAGICA MONTEREZ
8. MAGICA IMPIAN, Pulau Pinang
9. MAGICA Avenue Subang

Menarik lagi mengenai Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA di PICC ini, setiap dewan dilengkapi penataan cahaya canggih serta lampu led mewah yang menelan kos puluhan ribu.

Lebih istimewa Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA di PICC turut menawarkan pakej istimewa iaitu tempahan sehingga hujung tahun ini hanya bernilai RM9,999.

Sebarang tempahan boleh hubungi di talian +6012-678 0186 (Ms Kheng) atau ikut media sosial MAGICA di TikTok, Facebook dan Instagram di @magicaevents.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat