Damac Group bangunkan pusat data RM250 juta di Malaysia – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Syarikat berpangkalan di Dubai, Damac Group merancang untuk menubuhkan pusat data di Malaysia dengan nilai pelaburan sebanyak RM250 juta.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pusat data ini akan memberi tumpuan kepada pelanggan runcit dan perusahaan.

“Alhamdulilah, Damac Group merancang untuk menubuhkan pusat data di Malaysia dengan nilai pelaburan sebanyak RM250 juta dengan memberi tumpuan kepada pelanggan runcit dan perusahaan.

“Dalam pertemuan saya dengan pengasas Damac Group, Hussain Sajwani, beliau menegaskan untuk membina pusat data ini secepat mungkin,” kata Fahmi di Facebooknya pada Rabu.

Menurut beliau, kestabilan politik, infrastruktur yang baik dan dasar kerajaan Perpaduan menjadikan Malaysia daya tarikan pelabur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat