Malaysia Berjaya Memacu Pelaburan Digital Lebih RM 7 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia hari ini mengumumkan usaha nasional untuk memacu pelaburan digital telah berjaya menarik lebih RM7 bilion pada separuh pertama 2022.

 Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, Pelaburan digital ini telah dipacu oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan merupakan sebahagian daripada usaha nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital di ASEAN.

“Pelaburan yang diperoleh adalah daripada Pelaburan Digital Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Digital Langsung Domestik (DDI) berkenaan turut dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.

“Ini juga membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi kesan daripada pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pencapaian itu membuktikan bahawa negara berada di kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
 
“Pelaburan digital amat penting dalam proses pemulihan ekonomi, kerana ia akan mewujudkan pekerjaan berpengetahuan tinggi dan membantu mempercepatkan inovasi serta adaptasi teknologi dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital, dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam menjadi sebuah negara digital.
 
“Selain memacu pelaburan digital ke Malaysia, pencapaian separuh pertama 2022 menjadi bukti usaha berterusan K-KOMM dan MDEC dalam menyerlahkan lagi peningkatan momentum pelabur ke Malaysia serta menjadikannya sebagai destinasi pelaburan digital utama di ASEAN, yang diperoleh daripada infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang dimiliki,” katanya.
 
Jelasnya, pelaburan digital berkenaan diperoleh daripada 53 buah syarikat yang berkembang pesat dan terkemuka dalam industri daripada pelbagai negara termasuk Australia, China, Jepun, Singapura, Switzerland, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Majoriti daripada syarikat berkenaan terdiri daripada sektor perkhidmatan digital dan infrastruktur diikuti dengan syarikat daripada sektor kewangan. Sektor lain merangkumi bandar pintar (digital cities), perdagangan digital, kandungan digital dan perkhidmatan kesihatan secara digital.
 
“Malaysia juga merupakan antara destinasi pelaburan digital. Syarikat seperti Aerodyne Group, Daythree Business Services Sdn. Bhd., CTOS Data Systems Sdn. Bhd., dan TMF Regional Delivery Centre Sdn. Bhd. adalah antara contoh syarikat yang melabur dan masih mengekalkan hak operasi di Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat