Rakyat Jangan Terpedaya Drama Najib, Kata Khalid

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad hari ini menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang suka ‘drama’.

Gelaran itu diberi ekoran Najib mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan berkaitan kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

“Bukti baru yang nak dikemukakan itu, ia bukan bukti yang boleh ubah keputusan pun. Ni drama. Tukar peguam, drama. Ni semua drama bertujuan nak selamatkan Najib sampai hancur institusi kehakiman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fazil dan Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching di Petaling Jaya hari ini.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, Najib kini dilihat tidak lagi layak untuk menjadi pemimpin negara jika berterusan ingin menyalahkan institusi kehakiman yang tidak berpihak kepadanya.

“Kita kena ada perasaan tanggungjawab. Kita nak supaya institusi kehakiman dihormati. Jadi jangan main putar belit maklumat.

“Janganlah rakyat terpedaya dengan drama yang dibuat (Najib),” katanya lagi.

Najib pada Selasa lalu melahirkan rasa terkejut ekoran mahkamah menolak permohonannya untuk mengemukakan bukti baru.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau percaya wujud konflik kepentingan apabila Yang Arif Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini mengetahui wujudnya transaksi 1MDB dan SRC serta dianggap mempunyai pengetahuan peribadi mengenai kedua-dua entiti berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat