Transformasi Politik, Ekonomi Ismail Sabri Membanggakan – Rizalman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya melakukan transformasi politik dan ekonomi sepanjang setahun memimpin negara.

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, meski masih baru namun, Perdana Menteri telah mencipta banyak kejayaan besar.

“Antara kejayaan terbesar yang dilakukan Ismail Sabri ialah menjalin persefahaman politik rentas parti dengan semua Ahli Parlimen dan parti politik untuk mewujudkan kestabilan dalam kerajaan.

“Beliau juga memperkenalkan dan membentangkan Akta Lompat Parti,” katanya.

Rizalman juga memuji tindakan Perdana Menteri membawa keluar Malaysia dari kemelut ekonomi sehingga Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK tertinggi di Asia Tenggara 8.9 peratus.

“Dan yang paling dikagumi ialah keberanian beliau untuk melawan dan memecahkan monopoli kartel-kartel perniagaan yang telah sekian lama mengawal dan menentukan harga barang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat