Kerajaan Gagal Ialah PH, Bukan Kerajaan Keluarga Malaysia – Najmil Faiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan gagal ialah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan, penyokong PH ialah kegagalan sebenar negara.

Hal ini katanya, di saat Perdana Menteri berusaha menstabilkan politik dan ekonomi, pendukung-pendukung PH sibuk berdemonstrasi tanpa permit yang secara jelas menjejaskan kestabilan politik.

Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dalam kenyataannya menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

“Menjelang setahun pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, sekumpulan aktivis akan melancarkan protes di Sogo pada 20 Ogos ini. Sebelum ini, mereka anjuran Himpunan Turun pada 23 Julai 2022 dan ternyata gagal dan sia-sia apabila hanya 100 orang sahaja yang hadir.

“Kini mereka meroyan lagi. Macam biasa saya akan jawab semua tuntutan mereka kali ini terhadap Ismail Sabri. Pertama, mereka mempertikaikan pengambilalihan aset Petronas di Azerbaijan oleh waris kesultanan Sulu.

“Punca kepada masalah ini adalah kerajaan PH itu sendiri. Peguam Negara lantikan PH tulis surat kepada waris Sulu di mana Malaysia mengaku kesal menghentikan bayaran dan menawar untuk selesaikan tunggakan dari tahun 2013 hingga 2019 yang berjumlah RM43,800.

“Lalu, waris Sulu pun gunakan surat (Tan Sri) Tommy Thomas ini sebagai bukti di mahkamah, tak perlu jadi hero. Faktanya, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan Malaysia menggantung “Final Award” yang dikeluarkan Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris dan ‘successors-in-interest’ kepada Sultan Jamalul Kiram II. Aset PETRONAS bernilai RM 15 bilion dan kedaulatan negara terus selamat. Kerajaan Keluarga Malaysia bukannya bodoh untuk mengiktiraf tuntutan ini seperti kerajaan PH dulu,” bidasnya.

Perkara kedua yang dimomok ialah soal keselamatan makanan.

” Ini sudah berulang kali saya jawab. Economist Intelligence Unit mencatatkan Malaysia berada di kedudukan ke-39 dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) bagi tahun 2021.

“Pelbagai indikator digunakan dalam mengukur “food security” antaranya affordability, availability, quality and safety dan natural resources. Kesemua indikator ini berada dalam keadaan yang baik dan stabil.

“Walaupun negara berdepan dengan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi, harga makanan masih stabil kerana usaha kerajaan yang memperuntukkan subsidi terbesar dalam sejarah,” jelas beliau.

Seterusnya, Najmil Faiz memberitahu mereka persoalkan tentang respon bencana.

” Golongan ini tidak layak untuk mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri dalam menguruskan krisis. Pengalaman dan kepakarannya jauh mengatasi pemimpin PH.

” Semasa tragedi banjir di Baling, walaupun Perdana Menteri berada di Turki, beliau telah mengarahkan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar untuk turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan secepatnya kepada mangsa.

“Antara bantuan yang disalurkan adalah Bantuan Wang Ikhsan (RM 1,000), Bantuan Untuk Waris Mangsa (RM 10,000), Sumbangan Pembelian Barangan Keperluan (RM 2,500), Bantuan Baik Pulih Rumah (RM 5,000 hingga RM 56,000) dan pelbagai lagi dalam bentuk diskaun serta rebat. Inilah respon Kerajaan Keluarga Malaysia dalam mengurus bencana,” katanya lagi.

Selepas itu, kata beliau lagi mereka mempertikaikan isu harga barangan pula.

Sedangkan menurut beliau di mana-mana pun harga barangan tengah meningkat naik kerana inflasi.

“Mudah je nak tengok kerajaan itu gagal atau tidak, iaitu dalam mengawal harga barangan ketika inflasi. Di Malaysia inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara iaitu 2.8 peratus, hasil usaha berterusan kerajaan menanganinya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion.

“Ini termasuklah RM1.1 bilion dibelanjakan untuk subsidi ayam dan telur dan RM4 bilion untuk minyak masak paket

“Laporan EIU, WEF, World Bank, IMF dan sebagainya tiada langsung menunjukkan Malaysia ini menghala kegagalan ekonomi dan sosial,” ujar Najmil Faiz.

Akhir sekali katanya, isu integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM.

” Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa suatu siasatan bebas akan dilakukan terhadap Tan Sri Azam Baki oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). SC telah mendapati tindakan Azam Baki tidak melanggar Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) sudah membuat siasatan dalaman, begitu juga dengan SC. Dekat mana yang tidak adil?

“Yang kata kerajaan Keluarga Malaysia dan Perdana Menteri gagal hanyalah penyokong serta penjilat pembangkang serta aktivis yang tiada hala tuju,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat