Kerajaan Tak Sampai Hati Nak Saman Mak Cik Pisang Goreng – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan minyak masak paket yang bersubsidi adalah untuk kegunaan domestik bukannya komersial.

Beliau berkata demikian susulan ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya di Dewan Rakyat hari ini berkenaan minyak paket yang digunakan “Makcik Goreng Pisang”.

“Sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi tersebut adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Isnin selepas petikan ucapannya tular.

Menurut Ismail Sabri, bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan.

“Tetapi, kerajaan tidak berdiam diri. InsyaAllah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak tarik subsidi minyak masak secara keseluruhan.

“Minyak masak untuk kegunaan rumah, ada tulis di paket untuk kegunaan rumah/domestik. Kita kekalkan subsidi minyak masak tersebut.

“Yang kita tidak teruskan ialah minyak masak di dalam botol kerana pada bulan Ogos 2021 semasa PKP, diperkenalkan subsidi minyak masak botol ini selama 3 bulan. Tapi kerana ekonomi masih belum dibuka semasa itu, jadi kita teruskan,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Bera.

Katanya lagi, pada 1 April kerajaan telah membuka ekonomi, jadi tiada keperluan untuk subsidikan minyak masak berbotol.

“Kita hentikan subsidi untuk minyak masak berbotol tapi untuk kegunaan rakyat biasa, B40 dan sebagainya. Minyak masak berpaket, kita teruskan subsidi sebanyak RM4 bilion ringgit.

“Yang selalu dibanding-bandingkan ialah minyak masak 5kg. Sepatutnya kita bandingkan dengan 1kg yang berharga RM2.50 dan 1 botol minyak masak berbotol sebanyak RM9 kalau tidak bersubsidi. Minyak masak berbotol 5kg banyak digunakan oleh peniaga yang tidak berhak mendapat subsidi kerana minyak bersubsidi hanya untuk kegunaan rumah.

“Tetapi, kerana harganya terlalu jauh bezanya, maka banyak diselewengkan dan Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri sedang mengambil tindakan untuk memastikan penyelewengan dapat dikurangkan,” katanya.

Ujarnya, itu sebahagian daripada intervensi kerajaan selain pelan langkah panjang dan pendek untuk kita kurangkan.

“Dari segi kesan kenaikan harga, kita stabilkan barangan, bekalan dan juga menurunkan harga,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat