Kerajaan masih tak berani buat perubahan struktur untuk tangani kos sara hidup – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan tidak bersedia membawa perubahan struktur kerana masih menggunakan pendekatan konvensional dalam usaha menangani masalah kos sara hidup rakyat.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan tidak boleh hanya berbicara mengenai soal subsidi yang kini turut dinikmati golongan kaya dan warga asing, sebaliknya harus melaksanakan tindakan yang lebih menyeluruh.

“Contohnya, mengenai kos import (bahan makanan) yang tinggi, itu kerana ringgit merudum. Ada pendekatan untuk memperkukuh nilai ringgit supaya jumlah kos import tidak meningkat?

“Mengenai soal subsidi minyak, kita mampu menurunkan harga minyak jika pendekatan itu secara bersasar.

“Mengenai inflasi, ikut kita mahu guna bakul apa. Kalau barang makanan, tiada siapa yang percaya harga makanan itu (inflasi) 2.8 peratus, atau empat atau enam peratus. Saya pergi ke pasar Kerinchi, baru-baru ini, memang lebih lapan peratus.

“Justeru, kerajaan mesti realistik. Beban yang ditanggung rakyat memang sangat berat dan saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) menyentuh perkara ini beberapa kali. Soalnya, apa tindakan?” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri mengenai langkah diambil kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat