144,932 miskin tegar melonjak akibat Covid-19- Mustapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan bilangan ketua isi rumah (KIR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berjumlah 144,932.

Jumlah itu melonjak berbanding 44,829 jumlah miskin tegar pada dua tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah ini berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional atau eKasih diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, setakat 30 Jun tahun ini.

Hal demikian itu katanya, kerajaan telah melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang telah bermula Jun yang lalu.

“BMTKM akan dilaksanakan di 1,000 lokaliti dalam tempoh tiga tahun enam bulan.

“Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022 melibatkan 80 lokaliti secara rintis,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Sabak, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu) yang meminta bilangan rakyat miskin tegar diumum di Dewan Rakyat termasuk langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menanganinya.

Katanya, BMTKM merupakan pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan merentasi semua etnik dalam Keluarga Malaysia.

Jelasnya, program-program menerusi BMTKM dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan rakyat merangkumi projek-projek pertanian, penternakan, keusahawanan, pemasaran serta pembangunan minda dan motivasi dengan sasaran tambahan pendapatan RM300 hingga RM2,000 sebulan.

Menurut Mustapa, Jawatankuasa Pemantauan Peringkat Daerah dan Cawangan bertanggungjawab untuk memantau dan membuat laporan bulanan serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejayaan BMTKM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat