Najib tak setuju tangguh, batal projek katanya kurang bijak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpendapat pendekatan kerajaan untuk tangguh dan batal projek untuk memberi lebih tumpuan kepada beban subsidi adalah kurang bijak.

Kata Najib, jangan biarkan lagi benda sudah berlaku baru nak ubat.

“Dua cabaran utama dunia sekarang ialah kadar inflasi yang tinggi dan juga kemelesatan ekonomi dunia yang dijangka bakal menimpa akibat negara-negara dunia terutamanya Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah bank dengan laju untuk melawan inflasi.

“Jadi, pendekatan kerajaan untuk tangguh dan batal projek untuk memberi lebih tumpuan kepada beban subsidi adalah kurang bijak.

“Ya, kekalkan subsidi untuk kawal subsidi dan memberi sedikit kelegaan kepada rakyat adalah patut tapi langkah ini tidak membawa kepada pendapatan baru, tak naikkan gaji, tidak memberi kemudahan baharu kepada rakyat, tak galakkan pelaburan baharu dan tidak menjana peluang pekerjaan baharu,” tegas beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, cara untuk membantu rakyat dalam ketika kadar inflasi dunia tinggi bukan sahaja dengan memberi subsidi untuk kawal harga.

Tetapi kata Najib ialah dengan juga menaikkan gaji rakyat, membina kekayaan rakyat melalui pasaran saham dan tabung simpanan rakyat dan memberi peluang untuk rakyat berniaga .

“Mansuh atau batalkan projek adalah cara kerajaan gagalkrasi Pakatan Harapan (PH) dan telah terbukti menjahanamkan ekonomi dan membantutkan pertumbuhan ekonomi.

“Hutang negara juga boleh terkawal sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi adalah lebih laju berbanding kadar kenaikan hutang dan kadar kenaikan bayaran servis hutang.

“Sebab itu, projek-projek yang membawa kepada kadar pulangan ekonomi lagi besar berbanding kos faedah hutang ataupun tidak menggunakan dana bajet tahunan kerajaan secara terus patut diteruskan,” jelasnya.

Kata Najib lagi, projek-projek usaha sama kerajaan-swasta (Public-Private Partnership) serta PFI yang tidak melibatkan dana kerajaan dan dibiayai pihak swasta ataupun kerjasama dengan negara asing patut diteruskan.

“Melihat kepada dasar terbaru ekonomi-ekonomi besar yang terlalu aggresif melawan kadar inflasi dengan kenaikan luar biasa tinggi kadar faedah serta harga-harga komoditi yang sudah menjunam sejak bulan lepas, saya juga jangka masalah inflasi dunia akan lega tak lama lagi.

“Projek kerajaan terutamanya projek yang saiznya signifikan memerlukan masa yang panjang untuk digerakkan dan dilaksanakan.

“Jadi, bila kita batal atau tangguhkan projek ianya akan perlu masa yang lebih lama untuk kerajaan hidupkan semula projek sekiranya perlu untuk merancakkan ekonomi apabila kita berdepan kemelesetan,” ujarnya.

Masa itu kita akan terlambat bertindak, kata Najib.

“Apa gunanya sekiranya harga barang terkawal tetapi ekonomi negara menjadi corot memandangkan negara bakal berdepan dengan kemelesetan ekonomi tak lama lagi?

“Jangan short-sighted. Nanti negara jatuh ke keadaan staglation (iaitu inflasi masih tinggi tapi ekonomi turut meleset) baru kita kesal.

“Jangan lihat masalah di depan mata sahaja tetapi tak nampak cabaran yang bakal berlangsung tak lama lagi,” tegas beliau.

Najib berkata, kerajaan perlu proaktif untuk bersedia menyelesaikan masalah masa depan dan bukan hanya reaktif untuk selesaikan masalah ketika ini sahaja.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah menangguh atau membatalkan mana-mana projek yang belum dilaksanakan mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekali gus membantu menstabilkan ekonomi negara.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan melihat kedudukan kewangan negara dan meneliti perkembangan projek yang terlibat selain mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat