Khalid Pertahan Lantikan Penasihat DBKL Bekas Setiausaha Politiknya

- Advertisement -

PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mempertahankan lantikan bekas setiausaha politiknya dalam lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.

Memetik laporan FMT, Khalid berkata, lantikan Haji Azli Yusof dalam lembaga tersebut kerana pengamalannya sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Selama 2 penggal.

“Ianya jawatan bukan eksekutif dan hanya berfungsi menasihati datuk bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan,” katanya.

Tambah Khalid, selain itu Azli juga mempunyai lulusan dalam bidang kejuruteraan dari sebuah universiti di Amerika Syarikat.
Justeru, menurut Khalid, bekas pembantunya itu boleh menasihatkan datuk bandar dalam pelbagai isu, berdasarkan pengalaman serta pengetahuannya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melontarkan beberapa pertanyaan terhadap Khlaid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Dalam hantaran di Facebboknya, Najib bertanyakan bebrapa soalan yang menjurus kepada penahanan Azli.

“Lid, adakah setiausaha politik kamu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam bayaran berjuta-juta Ringgit dari developer untuk projek-projek berhubung DBKL juga seorang ahli lembaga DBKL?

“Kamu yang lantik dia jadi ahli lembaga DBKL ke?

“Adakah dia juga ketua bahagian Shah Alam parti PAN?

“Lid(Khalid Samad) ahli parlimen kawasan mana?

“Dan apa maksud broker?” soal Najib melalui Facebooknya.

Pada Sabtu, dua hari lepas(16 Mei 2020), Azli ditahan polis bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penipuan.

Susulan penanhan itu, Khalid berkata, bekas Setiausaha Politiknya ditahan berikutan aduan dari sebuah syarikat arkitek yang diberi Development Order (DO) palsu oleh seorang broker.

“Broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama Haji Azli yang konon telah mendapatkan ganjaran bagi pihaknya.

“Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

“Saya diberitahu broker berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah menjual nama ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat