Bantuan RM200 Untuk Pegawai Masjid, Pengerusi & Setiausaha MPKK Negeri Sembilan

- Advertisement -

SEREMBAN – Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta  pegawai masjid di seluruh Negeri Sembilan bakal menerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM200 daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut sebagai usaha menghargai kumpulan ini yang juga merupakan nadi utama masyarakat.

“Bantuan untuk MPKK melibatkan 866 Pengerusi MPKK dan Setiausaha MPKK yang telah berkhidmat sehingga 30 April lepas.

“Ia termasuk juga Pengerusi MPKK dan Setiausaha MPKK yang telah menerima surat lantikan baharu.

“Pegawai masjid melibatkan 603 orang Imam, 294 Bilal Satu, 298 Siak Satu dan 292 pembantu am wanita masjid seluruh Negeri Sembilan akan menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri dengan peruntukan RM200 setiap penerima,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebanyak RM520,000 telah diperuntukan untuk bantuan ini.

Aminuddin berkata, bantuan ini akan diagihkan kepada bakal penerima dalam minggu ini, sebelum Hari Raya Aidilfitri 1441H.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat