Tadabbur al-Quran dengan Mata Hati, Rebut Keampunan Ramadan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2025 – Sempena sambutan Nuzul al-Quran, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan umat Islam agar terus bertadabbur, iaitu menghayati, merenung, dan memahami al-Quran dengan mata hati.

Menurut beliau, wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW, iaitu Iqra’ (Bacalah), bukan sekadar seruan membaca, tetapi menjadi titik permulaan era berasaskan ilmu serta panduan dalam mengangkat martabat insan dengan nilai keadilan dan ihsan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam dengan pesanan taqwa, teruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati.”

Peristiwa Nuzul al-Quran & Keutamaan Ramadan

Dalam ucapannya, Anwar turut mengimbas kembali peristiwa penting Nuzul al-Quran, ketika wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’.

Beliau juga memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185, yang menegaskan keutamaan Ramadan sebagai bulan diturunkannya al-Quran:

‎شَهۡرُ رَمَضَانَ الَّذِىۡٓ اُنۡزِلَ فِيۡهِ الۡقُرۡاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَ بَيِّنٰتٍ مِّنَ الۡهُدٰى وَالۡفُرۡقَانِۚ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

Pesanan Mengejar Keampunan Allah SWT

Seiring dengan pertengahan Ramadan, Perdana Menteri turut mengingatkan umat Islam supaya merebut peluang keampunan Allah SWT dan berharap semua diberikan kesempatan untuk bertemu dengan lailatul qadar, malam seribu bulan.

“Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lailatul qadar, malam seribu bulan.”

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat