Calon BN ada ciri ‘wali’ – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Calon Barisan Nasional (BN) mempunyai ciri ‘wali’ iaitu “winnable”, “acceptable” dan “likeable” yang berkaliber dan berdaya.

Malah kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon parti itu mampu memberi perkhidmatan terbaik pada setiap masa dan tempat tanpa mengira kecantikan dan ‘kehenseman’ mereka.

Jelasnya, BN jika ada calonnya yang menarik paras rupa merupakan suatu kebetulan kerana itu tidak pernah menjadi kriteria.

“Sesungguhnya Tuhan menciptakan setiap insan dengan sebaik-baik kejadian. Tiada yang kurang kacak dan kurang cantik di sisi Yang Maha Esa. Semua adalah sama.

“Paras rupa kacak tidaklah bermakna seseorang lelaki lebih baik berbanding kurang kacak. Paras rupa cantik bukanlah bermaksud seseorang wanita lebih baik berbanding kurang cantik,” ujarnya.

Kata Zahid lagi begitu juga sebaliknya. Kecantikan dan kekacakan tidak mencerminkan nilai insan.

Jelas Presiden UMNO itu lagi adakala yang kurang menarik paras rupa itu yang kacak dan cantik pekertinya.

Inilah kekacakan dan kecantikan sejati yang tidak akan pudar,” katanya.

“Kerana itu sudah lama wujud kata-kata “don’t judge a book by its cover” dalam ilmu keinsanan.

“Membentuk kehidupan manusia bertamadun dalam menilai kebenaran secara saksama.

“Justeru amat mengejutkan apabila parti politik gabungan PN boleh berfikiran kuno menjelang PRN Johor pada 12 Mac ini,” beritahu Zahid.

Tambah beliau, mengumumkan akan hanya menampilkan calon yang mempunyai tarikan fizikal dan rupa paras menarik.

“Rupa paras calon lelaki yang kacak dan calon wanita yang cantik dikatakan penting untuk dapat undi rakyat Johor.

“Mengeksploitasi paras rupa calon dengan keyakinan akan dapat undi merendah-rendahkan Bangsa Johor.

“Seolah-olah menganggap begitu miskin kualiti pemikiran orang Johor dalam menilai calon berwibawa.

“Juga seolah-olah mengajak rakyat Malaysia ke arah kebelakang dalam nilai kehidupan mereka,” katanya.

Serendah itukah nilai politik Malaysia cuba diterap oleh lawan BN? Soal Zahid.

“Sejak sekian lama umat manusia dididik supaya tidak mendiskriminasi paras rupa, mereka melakukan sebaliknya,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat