Gading Kencana tawar skim kontrak prestasi tenaga kepada industri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) menawarkan skim kontrak kecekapan tenaga kepada industri di negara ini bagi membantu mereka mencapai sasaran Sifar Bersih dalam tempoh lima tahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, Gading Kencana yang berdaftar (ESCO) di bawah Suruhanjaya Tenaga menawarkan perkhidmatan itu sebagai langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga tanpa menjejaskan keselesaan dan prestasi pengeluaran sesebuah industri.

“Dalam mencapai sasaran karbon neutral menjelang 2050 kerajaan telah melancarkan beberapa dasar dan skim sokongan antaranya audit tenaga geran bersyarat, pelaksanaan standard prestasi tenaga minimum dan kontrak prestasi tenaga serta syarikat perkhidmatan tenaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan, Gading Kencana memiliki keupayaan untuk membantu industri terlibat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai kajian kecekapan tenaga yang dikeluarkan oleh ABB baru-baru ini.

Beliau berkata laporan itu menyebut daripada kaji selidik di Malaysia, hampir separuh pemimpin industri mengakui hasrat mereka untuk mencapai Sifar Bersih dalam tempoh lima tahun.

Namun hanya 23 peratus yang mungkin membuat peningkatan kecekapan tenaga pada tahun ini.

Sementara itu jelasnya 50 peratus lagi melihat kos sebagai penghalang utama untuk mereka mencapai sasaran itu.

Tambahnya lagi Malaysia telah menetapkan sasaran yang bercita-cita tinggi untuk mencapai neutral karbon seawal 2050.

Menurut Guntor, antara kelebihan pelaksanaan kontrak prestasi tenaga adalah ia tidak memerlukan wang pendahuluan.

“Kos perlaksanaan program kecekapan tenaga akan dibiayai oleh pihak ESCO bagi mencapai penjimatan tenaga tanpa menjejaskan keselesaan pengguna.

“Pemasangan dan penyelenggaraan juga di bawah tanggungjawab ESCO sementara pembayaran kepada ESCO bedasarkan penjimatan yang dicapai.

“Semua peralatan yang di pasang adalah hak milik pemilik banggunan setelah tamat kontrak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat