Dr Mahathir, Riza Aziz dan Kekeliruan Undang-undang

- Advertisement -

Oleh Ab Jalil Backer

Sejak beberapa hari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserang oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz berhadapan lima pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion).

Serangan ke atas SPRM sangat tidak munasabah kerana sebarang penyelesaian kes mahkamah adalah membabitkan pihak Pejabat Peguam Negara, pihak tertuduh dan Mahkamah.

Penyelesaian kes mahkamah tanpa melalui perbicaraan penuh bukanlah asing atau aneh dalam undang-undang negara ini mahu pun kebanyakan negara di dunia. Pendakwaraya akan menawarkan hukuman yang lebih ringan berbanding pertuduhan asal sebagai pertukaran pengakuan bersalah bagi menjimatkan masa mahkamah dan memastikan kes pendakwaan berjaya.

Dalam kes Pendakwaraya lawan Riza Aziz kedua-dua pihak telah mencapai persetujuam melalui representasi di mahkamah bahawa tertuduh bersetuju membayar denda sejumlah RM465.3 juta ke atas semua pertuduhan yang dikemukakan sebelum ini.

Representasi yang dikemukakan oleh pendakwaraya dan peguam tertuduh ini ini diluluskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen terbabit.

Jika dalam keadaan biasa persetujuan seperti ini adalah kejayaan Pendakwaraya. Ini kerana kes-kes sebegini bukan sahaja memakan masa bertahun dengan pelbagai dokumen teknikal, malah mungkin tidak memihak kepada kerajaan.

Sejak awal lagi kita sukar untuk memahami bagaimana tuduhan dibuat ke atas Riza kerana ia membabitkan perniagaan beliau di luar negara yang tidak melalui sistem perbankan negara. Satu-satunya kaitan ialah dana tersebut dikatakan diambil dari wang 1MDB. Ini belum dibuktikan lagi dalam perbicaraan lain.

Dari sudut keadilan pendakwaaan ini sangat membingungkan kerana ia menggunakan fakta kes yang sama dengan pertuduhan di Amerika Syarikat. Aset-aset yang dalam pertuduhan juga berada di Amerika Syarikat.

Apa yang berlaku kepada Riza Aziz adalah ‘overzealous prosecution’ kerana agenda politik.

Ketergesaan pendakwaan ke atas Riza sangat mudah difahami kerana mantera kleptokrasi adalah antara sebab Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri semula. Justeru pendakwaaan ini perlu dilaksanakan demi meyakinkan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

Membebaskan pencuri?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada lima pertuduhan terbabitlima pertuduhan terbabit.

Dr Mahathir seperti biasa menggunakan kaedah sinisan dengan berkata “Sebagai orang yang tak pandai tentang undang-undang, saya tertanya-tanya. Di masa depan, apabila ada penjenayah yang curi duit dan dihadapkan mahkamah, adakah dia dilepaskan apabila dia kata akan pulangkan balik duit yang dicuri?”

Pada hemat saya Dr Mahathir sangat memahami undang-undang. Beliau hanya mahu mengelirukan rakyat.

Analogi Dr Mahathir sangat nakal dan mempunyai niat jahat. Dalam kes Riza Aziz beliau tidak dituduh mencuri atau mengambil rasuah.

Sebaliknya beliau dituduh terbabit dalam penggubahan wang haram atau ‘money laundering’. Dari perspektif undang-undang, penggubahan wang haram tidak sama dengan mencuri atau mengambil rasuah.

Jika dr Mahathir beranggapan Riza Aziz mencuri wang, mengapa Peguam Negara Thommy Thomas dan pendakwaraya ‘swasta’ Gopal Sri Ram mendakwa Riza di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001?

Mengapa tidak dakwa Riza Aziz di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang selalu digunakan untuk tuduhan mencuri? Mengapa tidak dakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman lebih berat?

Jadi jika kerajaan Dr Mahathir sendiri membuat keputusan mendakwa di bawah AMLA 2001, mengapa sekarang melahirkan ketidakpuasan ‘pencuri’ dibebaskan dengan bayar semula hasil curian?

Adakah persetujuan ini bermakna Riza Aziz mencuri wang 1MDB?

Saya tidak fikir persetujuan ini memberi apa-apa implikasi pengakuan berlaku penyelewengan kepada wang 1MDB. Riza didakwa di bawah AMLA bukan penyelewengan wang 1MDB. Sudah tentu persetujuan membayar denda sebesar itu akan memalitkan beliau dengan skandal 1MDB.

Jika tidak bersalah mengapa bayar denda? Bukan sedikit pula, tapi beratus juta.

Pada hemat saya persetujuan ini adalah tindakan ‘membeli masa’ oleh Riza Aziz.

Sepanjang kes ini beliau tidak akan dapat ke luar negara dan ini pasti akan menjejaskan perniagaannya di luar negara. Beliau mempunyai perniagaan mencecah berbilion USD di luar negara. Jika kes ini berlarutan bertahun-tahun, seluruh empayar perniagaannya boleh runtuh dan musnah.

Justeru beliau membuat perkiraan perniagaan yang jelas iaitu mengrbankan RM465.3 juta untuk menyelamatkan perniagaannya yang bernilai berbilion USD.

Riza juga membeli masa untuk melihat keputusan kes membabitkan 1MDB. Jika perbicaraan kes 1MDB mendapati penyelewengan berlaku di peringkat IPIC dan Aabar Group bukannya oleh 1MDB, maka Riza juga pasti boleh membuat rayuan baharu mendapat kembali wangnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat