Zahid sahkan Titah Adendum benarkan Najib habiskan tempoh tahanan di rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melihat kandungan Titah Adendum yang menyatakan bahawa pemohon yakni Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan kepada “tahanan rumah” dan bukannya pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.

Zahid mendakwa kandungan Titah Adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 dimeterai oleh Yang di-Pertuan Agong XVI.

“Pada 30 Januari 2024 semasa pertemuan di rumah saya di Country Heights dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz saya telah dimaklumkan oleh beliau tentang kewujudan Titah Adendum.

“Apabila saya menyoal lebih lanjut, beliau kemudiannya menunjukkan kepada saya salinan Titah Adendum tersebut pada telefonnya yang beliau ambil gambar/imbas (scan) sendiri daripada salinan asal seperti yang ditunjukkan kepadanya oleh Kebawah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.

“Kandungan Titah Adendum secara jelas menyatakan bahawa pemohon dibenarkan untuk menjalani
hukumannya yang dikurangkan, kepada “tahanan rumah” dan bukannya secara pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.

“Saya juga melihat bahawa Titah Adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 dan mempunyai meterai dan tandatangan Yang Di- Pertuan Agong XVI.

“Saya seterusnya mengesahkan bahawa Titah Adendum itu adalah tulen dan sebenamya adalah Titah Prerogatif Diraja sama seperti Titah Utama,” akui Zahid.

Presiden Umno itu juga menegaskan, beliau sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yung mencukupi beliau melihat dan membaca Titah Adendum dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon yang merupakan tambahan kepada Titah Utama kedua dua bertarikh 29 Januari 2024.

“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong XVI.

“Saya juga percaya selain daripada saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain telah melihat Titah Adendum tersebut.

“Secara khusus, saya sedar bahawa Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Menteri Besar Pahang) juga telah melihat salinan Titah Adendum dan boleh mengesahkan perkara yang.

“Saya tidak mempunyai salinan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 kerana atas alasan-alasan kerahsiaan dan kewajaran, terutamanya memandangkan bahawa Titah Adendum pada masa itu belum dilaksanakan lagi.

“Saya bagaimanapun mengesahkan bahawa perkara yang sama adalah dalam milikan kolektif responden-responden.

“Saya selanjutnya dengan sesungguhnya dimaklumkan bahawa Peguam Negara mempunyai satu salinan asal atau hanya salinan Titah Adendum untuk pertimbangan undang-undang beliau.

“Oleh itu, saya menyokong permohonan-permohonan di dalam Notis Permohonan Pemohon,” akui Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat