‘Saya bukan raja formula’ – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, dirinya bukan raja formula tetapi mempunyai prinsip yang perlu dipertahankan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid di portal Malaysiakini yang bertajuk “Kerajaan perlu fikirkan ‘formula’ gunakan Akmal tarik undi Melayu di KKB’.

Tegas Dr Akmal, agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu perlu dipertahankan.

“Saya berterima kasih atas pandangan di dalam artikel yang telah dikeluarkan oleh malaysiakini mengenai perlu fikir formula gunakan Dr Akmal Saleh untuk tarik undi Melayu.

“Saya tiada formula untuk diberikan kerana saya bukan raja formula,tetapi saya ada prinsip yang perlu dipertahankan iaitu agama islam,bangsa melayu dan raja-raja melayu.” kataya menerusi Facebook.

Kata Dr Akmal, jangan sesekali sentuh isu sensitif orang melayu iaitu jangan sesekali sentuh raja- raja melayu kerana selama ini orang melayu bukan bersifat rasis tetapi hanya mempertahankan hak mereka tanpa mengambil hak kaum-kaum lain.

Jelasnya, orang Melayu berkawan dan memahami dengan sesiapa sahaja tetapi sekali disentuh 3 perkara utama ini,orang Melayu tidak akan berdiam diri walaupun menggunakan sesiapa sahaja waima dirinya pun tidak mampu untuk menarik undi orang melayu jika ia berlaku.

Terdahulu, artikel dalam Malaysiakini berkata, Kerajaan perpaduan harus memikirkan formula tertentu bagi memanfaatkan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Akmal Saleh, agar mereka dapat menarik semula sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.

Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid menjelaskan Putrajaya tidak boleh terus hanya bergantung pada sokongan bukan Melayu.

Hal itu kerana, katanya, komposisi kaum pengundi di kawasan DUN terbabit tidak jauh berbeza.

“Sehingga kini saya melihat kerajaan perpaduan yang didominasi oleh PH seakan-akan sudah menerima hakikat bahawa sokongan Melayu akan kekal teguh di belakang PN.

“Ini adalah masalah kerana sikap sebegini hanya akan mendorong polarisasi sokongan berasaskan kaum menjadi lebih besar,” katanya kepada Malaysiakini.
Ahmad Fauzi menegaskan Akmal ketika ini berjaya memposisikan dirinya sebagai ‘wira’ nasionalis Melayu yang merupakan teras ideologi Umno.-SUARATV
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat