Kerajaan dituntut perjelas dakwaan nasib 16,000 pekerja Petronas diberhentikan – Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan dituntut memberi penjelasan berhubung dakwaan seramai 16,000 pekerja Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan diberhentikan susulan kerjasama syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) di Sarawak.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, pemberhentian sebegitu tidak wajar dilakukan dalam keadaan tekanan yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi mengumumkan mengenai kerjasama Petronas-Petros tetapi tidak sentuh (mengenai dakwaan) kemungkinan 16,000 orang akan diberhentikan.

“Kita nak tahu. Petronas ini kalau di peringkat atas sampai ke peringkat bawah, kita lihat gajinya agak berbeza jadi cuba (lihat perkara ini) supaya Petronas boleh bertahan dan jangan buat buat apa-apa dalam keadaan kita tengah susah ini,” katanya ketika sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin.

Anwar terdahulu menjelaskan Petronas akan mengekalkan semua perjanjian domestik dan antarabangsa sedia ada di Sarawak walaupun selepas Petros mengambil alih kawalan pengagihan gas di negeri itu sebagai agregator berkuat kuasa 1 Mac depan.

Anwar berkata, ‘kemunculan’ Petros itu masih mengesahkan kelulusan aktiviti petroleum sebelumnya kepada Petronas dan anak-anak syarikatnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik pada 7 Februari lalu pula dilaporkan berkata, langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada masa ini, Petronas mempunyai tenaga kerja seramai 52,000 orang dan 16,000 daripadanya adalah pemangkin utama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat