“Kedaulatan undang-undang” lepaskan penjenayah – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa “kedaulatan undang-undang” tidak lagi dipraktikkan memandangkan beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang digugurkan oleh pendakwa raya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Semua ini mengikut undang-undang. Penjenayah boleh terlepas hukuman. Jenayah boleh dilakukan tanpa takut kepada undang-undang,” catat beliau di blognya.

Ahli Parlimen Langkawi itu merujuk tiga kes sebagai bukti dakwaanya terhadap permainan kedaulatan undang-undang meskipun tidak menamakan individu yang dimaksudkannya.

“Ini benar-benar sah dan mengikut undang-undang.

“Mungkin tidak lama lagi, seseorang yang disabitkan mencuri jutaan wang kerajaan akan diampuni. Ini juga adalah mengikut undang-undang.

Mahathir berkata, kedaulatan undang-undang adalah komponen penting dalam demokrasi tetapi cara undang-undang ketika ini diterapkan dengan cara yang tidak boleh dianggap demokratik atau adil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat