108 suara pembangkang potensi besar tawan semula hati rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin bantahan 108 Ahli Parlimen pembangkang merupakan suara terkuat lawan dalam sejarah demokrasi negara.

Tegasanya, suara ini wajar dijadikan kekuatan dan jika diurus dengan baik pembangkang boleh menjadi kerajaan semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Suara 108 ahli Parlimen yang dipunyai pembangkang hari ini – walaupun masih gagal menolak Belanjawan 2021 – tetap merupakan suara terkuat pembangkang dalam sejarah demokrasi negara.

“Kekuatan ini tidak harus dipersiakan, bahkan perlu diurus dengan baik melalui meja rundingan dalam menuju PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ujar Shazni lagi, pembangkang hari ini perlu sedar bahawa mereka akan kekal kuat dan berpotensi memenangi semula hati rakyat apabila mereka bersatu-padu dan bekerjasama.

Tegasnya, dengan seluruh kecelaruan dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya fokus memberikan laba politik kepada ahli-ahli Parlimen mereka dalam mengekalkan sokongan yang tipis, pembangkang perlu lebih kukuh menyemak dan imbang seluruh perjalanan kerajaan.

“Malah lebih jauh, pembangkang sudah boleh bermula dengan cadangan formula agihan kerusi sebagai persediaan PRU akan datang.

“Perbincangan mungkin tidak harus bersifat rigid dan tertutup, namun kesediaan semua parti di blok pembangkang untuk berunding dan bertolak-ansur pastinya menjadi permulaan yang baik dalam membentuk gabungan besar yang lebih kukuh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat