Tumpukan PRU bukan pemilihan parti – Ismail Sabri

- Advertisement -

MENGKARAK – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau masih belum berpakat dengan mana-mana pimpinan Umno yang lain untuk membentuk kem atau ‘cai’ bagi menghadapi pemilihan parti.

Ismail Sabri juga memberitahu meskipun pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini, namun beliau tidak pernah memanfaaatkan kedudukannya untuk melobi pimpinan Umno di setiap peringkat untuk merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti enam bulan dari sekarang.

“Tak bincang ‘pact-pact’ mana lagi. Sedangkan saya turun setiap negeri, tapi saya tak sentuh soal pemilihan parti daripada dulu. Saya boleh guna kedudukan saya sebagai Perdana Menteri waktu itu.

“Waktu itu belum ada lagi usul untuk tangguh pemilihan parti… belum ada, saya dah Perdana Menteri saya patut dah guna kedudukan saya untuk turun
tapi saya tak buat kerja tu. Bagi saya kerja saya fokus kepada tugasan sebagai Perdana Menteri,” tegas Ismail Sabri pada sidang media di Mengkarak Stesen pada Rabu.

Perdana Menteri turut mengingatkan supaya pimpinan lain juga tidak terlalu ghairah membincangkan soal pemilihan Umno ketika musim berkempen PRU15 kerana ia akan mencetuskan pertelagahan sesama sendiri yang sekali gus akan merugikan parti.

“Saya tak jadi Presiden Umno sewaktu saya jadi Perdana Menteri. Saya harap waktu kita berkempen ini kita tak perlu bincang pemilihan dalam parti. Kerana bagi saya apa yang penting ialah untuk menang pilihan raya. Kemudianlah bincang, kerja kasi parti menang dulu.

“Jangan waktu pilihan raya kita cakap soal pemilihan parti akhirnya kita bertelagah sesama kita kerana setiap pemimpin ada pengikut masing-masing…
akhirnya berlaku pertembungan dan akhirnya merugikan kita, saya tak nak perkara yang ‘distract’ kerja kita.

“Kerja kita adalah nak menang pilihan raya itu yang penting. Jadi lupakanalah soal siapa nak jadi presiden , timbalan presiden … mana line up presiden, Majlis Tertinggi (MT) dan sebagainya tak perlu,” nasihat Ismail Sabri lagi.

Jelas beliau, jika kalah dalam pilihan raya -pangkat dalam parti tidak ada makna.

“…kalau kalah dalam pilihan raya apa pun pangkat yang ada dalam parti tak ada makna besar.

“Apa yang penting parti menang dan kita memerintah dulu selepas PRU15 baru kemudian ada masa 6 bulan lagi untuk tentukan kepimpinan parti.
Waktu itu boleh kita bincang,” jelasnya.

Beliau malah berkata, tidak pernah terlintas untuk guna kedudukan dan lawan Presiden.

“Apabila dicadangkan penangguhan saya yang bangun bersetuju supaya ditangguh. Ramai orang anggap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pasti akan tolak. Tapi kalau saya jaga kepentingan saya…. saya boleh saja minta tolong ROS tolak usul Umno supaya saya boleh lawan presiden tetapi apa yang kita lihat perkara itu, ROS setuju ditangguhkan dan saya tak boleh bertanding kalau tangguh.

“Ini bukan soal saya, ini soal parti. kalau parti berpecah sebelum pilihan raya kerana ada pemilihan mungkin kita kalah dalam pilihan raya, maka tak ada maknanya.

“Jadi bagi saya ialah keutaaam parti, parti perlu menang pilihan raya dan memerintah,” katanya.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jika Ismail Sabri menjadi perdana menteri seterusnya, dia juga perlu dilantik sebagai presiden Umno.

Menteri kesihatan sementara itu juga membayangkan kemungkinan pakatan antara dirinya, Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam pemilihan Umno akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat