Sahabat AIM milik kilang kabinet dapur, perabot

- Advertisement -

Sebut apa sahaja reka bentuk idaman juga saiz pilihan hati yang diingini mengikuti citarasa sendiri, pastinya impian setiap pelanggan dapat dipenuhi oleh IQ Furniture & Kitchen Cabinet abinet, sebuah syarikat membuat kabinet dapur dan perabot secara ‘custom made’ atau dibuat khas yang terletak di Klang.

Bukan hanya memenuhi apa sahaja permintaan pelanggan, produk yang dihasilkan itu mendapat sentuhan dari awal sehingga akhir oleh pasukan IQ Furniture & Kitchen Cabinet dengan kepakaran tersendiri tanpa campur tangan pihak luar.

Menurut Eksekutif Pemasarannya, Hazizan Kamarudin, 43 tahun, walaupun kabinet dapur menjadi fokus utama tetapi dia tidak menolak jika permintaan pelanggan membabitkan produk lain seperti almari baju, kabinet dinding untuk televisyen, rak kasut, ‘island’, pembahagi ruang (divider), meja pejabat, kabinet buku dan sebagainya.

“Kita banyak menghasilkan kabinet dapur kerana permintaannya sangat tinggi tetapi disebabkan kami menyediakan perkhidmatan ‘custome made’, jadi kita boleh ikut apa juga permintaan pelanggan yang relevan, yang unik pun boleh… insha-Allah.

“Contohnya, kalau almari pakaian, kalau ‘ready made’ di kedai saiz standard 8 kaki tetapi kita boleh buat sehingga 12 kaki. Ada juga pelanggan bawa lakaran reka bentuk tetapi tiada bajet mencukupi, kita akan cuba merealisasikan impian pelanggan mengikut kesesuaiannya.

“Cara kami, buat binaan sepenuhnya di sini dan bawa ke rumah pelanggan untuk dipasang. Ia boleh dicabut semula jika pelanggan hendak pindah dan kami akan kenakan caj untuk buka dan pasang,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Taman Sri Kapar, di sini baru-baru ini.

Hazizan berkata, sebelum menentukan harga produk secara keseluruhannya, beberapa proses perlu dilakukan dan pelanggan akan diberikan konsultasi secara terperinci sebelum keputusan dibuat mengenai produk berkenaan.

Bagi memudahkan pelanggan juga, IQ Furniture & Kitchen Cabinet turut menyediakan pelbagai pilihan material untuk menghasilkan produk berkenaan dari serendah harga seperti milamin, nyatoh, 4G, 3G terbaru ‘fiber board’ sejenis material kalis air seakan-akan aluminium.

“Sebelum tentukan harga, kita kena ukur dan dapatkan saiz sebenar produk yang akan dihasilkan terlebih dahulu…Kita boleh bagi anggaran berdasarkan gambaran produk tetapi harga sebenar hanya ditentukan bila dapat ukuran sebenar, saiz, material, warna ditetapkan.

“Selepas persetujuan dicapai, pelanggan perlu membayar deposit sebanyak 60 peratus dari harga keseluruhan. Contohnya, kalau jumlah keseluruhan RM10,000, pelanggan perlu bayar RM6,000 terlebih dahulu dan apabila siap pasang semua, barulah bayar bakinya.

“Harga kami berbeza dengan harga kedai sebab kami mengikut permintaan dan kehendak pelanggan yang berbeza disebabkan faktor saiz, reka bentuk, material dan sebagainya,” katanya.

Meskipun tidak dapat beroperasi sepanjang pandemik COVID-19, namun Hazizan berkata sebaik semua sektor kembali dibuka, rezeki mereka datang mencurah-curah malahan pelanggan-pelanggan terdahulu juga ramai membuat tempahan kali kedua dan ketiga.

“Kelebihan perkhidmatan kami di sini adalah kami memproses dari awal sehingga akhir setiap produk yang ditempah oleh pelanggan, kita tidak hantar kepada pihak kedua atau ketiga untuk memproses..memang betul-betul hasil kerja tangan kami sendiri.

“Apabila buat promosi di Facebook…kita akan maklumkan harga terus daripada kilang sebab kita sendiri yang proses, bermula dengan konsultasi, pemilihan reka bentuk, warna, saiz sehingga potong sampai kepada pemasangan perabot itu di rumah pelanggan.

“Kelebihan ini memudahkan kami apabila berlaku kerosakan atau sebarang masalah. Sebagai contoh, pengendali kabinet (handler) tiba-tiba tercabut..kita akan pergi ke rumah pelanggan itu untuk membaiki atau tukar baru dan pasang semula tanpa caj tambahan.

“Itu yang menyebabkan pelanggan tempahan seterusnya selain menyarankan dan mempromosikan servis kami kepada keluarga rakan mereka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kejayaan dalam perniagaan yang sudah mencecah usia tujuh tahun itu tidak pernah sunyi dari cabaran terutamanya terpaksa menutup operasi sepanjang pandemik COVID-19 begitu juga ditipu pelanggan yang tidak membuat bayaran penuh.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan kami bukan ‘essential service’ jadi kami memang tidak beroperasi dan tidak membayar gaji pekerja menyebabkan ramai pekerja berhenti..kita semua tiada pilihan ketika itu.

“Alhamdulillah…Nasib baik sepanjang kami tidak dapat beroperasi itu, kami tidak perlu membuat bayaran balik bantuan kewangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kami hanya perlu bayar apabila perniagaan stabil dan kembali beroperasi.

“Selepas PKP harga barang naik mendadak jadi mahu atau tidak, kena naikkan harga produk kami tetapi tidaklah terlalu tinggi, harga masih relevan. Begitu juga cabaran mendapatkan pekerja untuk membuat perabot, sangat sukar dan saya harap pekerja yang ada terus kekal bersama kami kerana kebajikan mereka sentiasa dijaga,” katanya.

Berkongsi mengenai AIM pula katanya, dia menyifatkan AIM bukan hanya pinjaman kewangan semata-mata sebaliknya AIM membuka ruang kepada rangkaian prospek dan pelanggan yang lebih ramai kepadanya.

“AIM menjalankan banyak program untuk kami, setiap minggu ada mesyuarat. Saya akan jumpa ramai orang, dari situ juga saya membina hubungan dengan pelanggan baharu dan prospek meluas..Rangkaian hubungan sangat bagus untuk usahawan seperti kami.

“Terima kasih AIM kerana membantu saya dalam membentuk perniagaan saya sehingga kini. AIM banyak memberikan kami manfaat dan memudahkan urusan Sahabat-Sahabat AIM, terutamanya urusan pinjaman yang mudah dan senang.

“Alhamdulillah, semasa PKP tidak dapat berniaga..AIM dapat membantu kami dengan tiada bayaran balik pinjaman ketika itu, maksudnya menghentikan buat sementara waktu..akan disambung semula. Pinjaman yang AIM tawaran begitu bagus sebab kita boleh buat pusingan modal dengan cepat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat