Moscow Tarik Diri Daripada Rundingan MH17

- Advertisement -

MOSCOW: Russia akan menarik diri daripada berunding dengan Belanda dan Australia, dalam kes membabitkan insiden penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, pada 2014 lalu.

Kementerian Luar Russia menjelaskan pertimbangan itu dibuat selepas wujud pelbagai cubaan ‘jahat’ untuk menuding jari kepada Moscow, kononnya didakwa menjadi dalang insiden berkenaan.

“Tindakan berunsur penentangan oleh Belanda menjadikan penyertaan kami untuk meneruskan rundingan membabitkan tiga negara menjadi tidak berasas.

“Jelas sekali bahawa Australia dan Belanda tidak cuba ingin memahami apa yang tercetus ketika musim panas 2014, sebaliknya ingin sekadar mendapatkan pengakuan dari Russia dan menuntut pampasan untuk waris mangsa.

“Russia akan teruskan kerjasamanya dengan The Hague dalam proses siasatan, tetapi dalam format yang berbeza,” katanya.

Rundingan tiga penjuru itu mula dijalankan sejak 2018, seiring usaha merungkai insiden nahas pesawat MH17 yang ketika itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, sebelum dibedil peluru berpandu jenis BUK, pada 17 Julai 2014, sekali gus mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, ketika bercakap kepada pemberita di Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah di Brussels, menzahirkan kekecewaan dan terkejut dengan keputusan Russia, malah ia bakal mengundang kesengsaraan khususnya terhadap waris mangsa.

Sementara itu, Menteri Luar Belanda, Stef Blok, berkata Duta Russia sudah dipanggil bagi menyatakan kekesalan berhubung keputusan negara kuasa besar itu.

“Bagaimanapun, kita komited untuk meneruskan rundingan yang sudah dijalankan sejak sekian lama,” katanya.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kouleba, menerusi kenyataan berkata langkah Russia untuk menarik diri daripada rundingan itu mencerminkan situasi sebenar di sebalik insiden nahas pesawat yang sehingga kini gagal dirungkai pelbagai pihak.

Katanya, Moscow merungut apabila Mahkamah The Hague mengemukakan kes pertuduhan terhadap pembabitannya dalam insiden MH17 di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), selepas tiga kali sesi rundingan dijalankan.

“Oleh itu, Belanda mengambil pendirian tegas untuk mengheret Russia, tanpa mengadakan sebarang rundingan dua hala, supaya ia bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat