Yoshihide Suga Sah Sebagai PM Jepun, Intai Kesinambungan

- Advertisement -

YOSHIHIDE Suga terpilih sebagai perdana menteri Jepun yang baru oleh dewan rendah parlimen negara itu hari ini, menggantikan Shinzo Abe yang mengundurkan diri kerana kesihatannya yang buruk dan berjanji akan meneruskan dasar ekonomi yang dirancang sebelumnya.

Suga yang berusia 71 tahun – anak seorang petani strawberi – memenangi pemilihan pemimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah pada hari Isnin dan perlantikannya sebagai Perdana Menteri negara itu hanya menunggu pengesahan parlimen hari ini memandangkan LDP mempunyai majoriti 2/3.

Setelah bertahun-tahun mengalami kemerosotan ekonomi dan sudah berjuang dengan kesan jangka panjang mempunyai penduduk paling tua di dunia – Jepun telah dilanda COVID-19 pula.

Ekonomi ketiga terbesar di dunia itu mencatat rekod penyusutan ekonomi sebanyak 27.8 peratus dari April hingga Jun tahun ini berbanding dengan suku sebelumnya kerana penutupan berkaitan dengan wabak yang hanya dilonggarkan pada akhir Mei.

Tidak seperti pendahulunya, Suga tidak berasal dari latar belakang istimewa dan naik ke puncak LDP tanpa tergolong dalam fraksi terkuat parti itu.

Sebagai wajah kerajaan Abe – sering jurucakap dalam sidang medianya – Suga memiliki sosok tubuh yang agak masam, tetapi telah berusaha untuk menggambarkan sikap yang lebih mesra sejak dia muncul sebagai pendahulu dalam persaingan untuk menggantikan Abe.

Perjuangan melawan coronavirus akan menjadi keutamaannya, tetapi ia juga menandakan beliau akan meneruskan kerangka ekonomi Abe yang luas, strategi tiga serangkai yang merupakan perancangan khas Abe dimana melibatkan pelonggaran penangguhan pinjama, perbelanjaan kerajaan dan mereformasi struktur.

Beliau diharapkan dapat terus ke depan dengan inisiatifnya sendiri, termasuk reformasi birokrasi, digitalisasi, dan membantu masyarakat luar bandar Jepun melalui dasar pertanian dan pelancongan.

Bekas Ketua Setiausaha Kabinet dan penyokong setia Abe ini, melantik kabinet baru sejurus dia menjadi perdana menteri, mengekalkan sekitar separuh pemegang jawatan yang tidak asing dari barisan pendahulunya.

Mereka termasuk Menteri utama seperti Menteri Kewangan Taro Aso dan Menteri Luar Negeri Toshimitsu Motegi, bersama Menteri Olimpik Seiko Hashimoto dan Menteri Alam Sekitar Shinjiro Koizumi, yang termuda berusia 39 tahun.

Adik Abe, Nobuo Kishi, diserahkan portfolio pertahanan, sementara Menteri Pertahanan yang lama, Taro Kono mengambil alih reformasi pentadbiran, jawatan yang pernah dipegangnya sebelumnya.

Yasutoshi Nishimura, orang penting Abe dalam menguruskan ekonomi semasa COVID-19, dikekalkan, sementara Menteri Perdagangan dan Perindustrian Hiroshi Kajiyama, anak seorang ahli politik yang Suga anggap sebagai mentornya, turut mempertahankan jawatannya.

Hanya dua wanita dalam kabintenya dan usia purata mereka, termasuk Suga, adalah 60 tahun.

Penganalisis berkata pengetahuan dalaman Suga mengenai kerumitan birokrasi Jepun dan kesepakatan politik yang mahir dari masa kerjanya yang lama sebagai orang kanan Abe, semestinya akan membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran hebat yang akan datang.

“Tidak ada yang memiliki pengalaman kabinet seperti Suga,” kata Kiyoaki Aburaki, pengarah urusan BowerGroup Asia di Tokyo, kepada Al Jazeera menjelang pemilihan. “Dia tahu segala-galanya. Dia tahu bagaimana pemerintahan berfungsi. Dia tahu bagaimana seksiisme sebelum ini menghalang perubahan. Itu adalah aset besar baginya.” Al-Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat