SUV Proton X50 Dibuka Untuk Tempahan

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

KUALA LUMPUR – Selepas pelbagai spekulasi mengenai model baharu, Proton Holdings Bhd. akhirnya secara rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya, Proton X50, semalam.

Menurut Proton dalam kenyataan, SUV segmen-B itu boleh ditempah di semua bilik pameran Proton dengan bayaran RM500 bermula hari ini dengan sesi pratonton untuk pelanggan akan diadakan secara pintu tertutup di empat lokasi berlainan mulai 19 September ini.

Selain pembukaan tempahan dan sesi pratonton, Proton turut mengadakan pengundian slogan untuk X50 di mana semua rakyat Malaysia digalakkan mengundi slogan paling sesuai dan maklumat terperinci boleh didapati di laman web rasmi syarikat itu.

Model SUV X50 yang telah lama dinanti-nantikan itu mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu Proton yang telah siap dibina dengan kos RM1.2 bilion di Tanjung Malim, Perak.

Proton X50 adalah kenderaan kedua yang dilancarkan hasil perkongsian teknologi antara Proton dan Geely dan dibina atas platform BMA yang turut digunakan produk Geely dan Volvo.

SUV baharu itu hadir dengan enjin turbo, kotak gear DCT tujuh kelajuan dan sistem bantuan pemandu generasi baharu.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pelancaran X50 dijangka mendorong kadar peningkatan jualan selepas pandemik Covid-19 memberi kesan negatif kepada industri automotif.

Kata Syed Faisal Albar, Proton satu-satunya jenama automotif yang berjaya mengatasi jualan keseluruhan pada akhir Ogos 2020 berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

“Sebagai syarikat pengeluaran kenderaan tempatan, pertumbuhan jualan Proton akan menambah perbelanjaan dalam ekosistem pembekal automotif dan secara langsung, ia juga akan menambah peluang pekerjaan. Ini amat penting memandang­kan ekonomi Malaysia sedang mengalami pergolakan akibat kesan Covid-19,” katanya. – Utusan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...