KPM akan post mortem 24,941 calon tak duduki SPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melakukan post mortem berhubung seramai 24,941 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya perlu mengenal pasti
berikutan calon SPM kali in adalah kohort pertama melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan berdepan dengan pandemik Covid-19.

Belau berkata, mereka adalah calon yang terkesan pandemik COVID-19 apabila berada
tingkatan empat dan tingkatan lima yang mencabar dan getir.

“KPM akan menganalisa data secara keseluruhan melibatkan punca, trend yang berlaku dan negeri mana yang paling ramai.
“Buat masa ini, KPM mendapati sebahagian besar adalah calon persendirian dan didapati ada yang memilih untuk tidak terus belajar kerana faktor peribadi, hal keluarga dan menceburkan diri dalam ekonomi gig,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar selepas mengadakan lawatan Sekolan
Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) di Putrajaya pada Khamis.

Belau berkata demikian ketika diminta mengulas sejumlah 24,941 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan itu berbanding 407,097 calon berdaftar di 3,382 pusat peperiksaan.

Radzi berkata, bagi calon sekolah, pihak guru melakukan pelbagai usaha bagi memastikan
pelajar hadir ke sekolah kerana KSSM berbeza dari yang lain.

Katanya, guru-guru berusaha dengan pergi ke rumah pelajar dan memaklumkan kepada ibu
bapa pelajar untuk memastikan anak mereka hadir ke sekolah.

“Banyak usaha yang dilakukan dengan menghubungi pelajar dan keluarga, pergi ke rumah pelajar, perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga pelajar.

“Kita mahu mereka kembali ke sekolah kerana KSSM berbeza maka mereka perlu belajar dan
sebab itu kita berusaha meyakinkan ibu bapa dan penjaga, ” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai calon yang tidak hadir SPM ataupun gagal berpeluang mengambil semula peperiksaan, Radzi berkata, semua calon itu bolen mengambil peperiksaan has bulan
September.

“Sebelum ini a dipanggil kertas Julai jaitu Bahasa Malaysia, Sejarah dan Matematik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat