9,696 calon SPM dapat semua A

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperolehi
Keputusan cemerlang gred A bagi semua mata pelajaran.

Keputusan ini meningkat sedikit berbanding 2020 iaitu 9,411 calon memperoleh keputusan sama.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, calon tahun lepas merupakan kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang bermula pada 2017 memberi penekanan melahirkan modal insan yang seimbang dan kurang bilangan A.

Katanya, seramai 407,097 pelajar mendaftar untuk peperiksaan yang diadakan dalam dua sesi antara Februari dan Mei lalu.

“Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi PM 2021 adalah 4.86.

“‘Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik,” katanya.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di Putrajaya pada Khamis.

Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar.

Katanya, calon peperiksaan SPM 2021 melalui pelbagai pengalaman baharu sepanjang sesi
persekolahan.

“Mereka merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Tingkatan 1 pada tahun 2017.

“Pelaksanaan KSSM in bertujuan menyediakan calon dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan sejajar dengan hasrat yang
terkandung dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“KSSM juga member penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat