‘Jodoh, ajal, maut semua kerja Tuhan’ – Noor Nabila

- Advertisement -

Petaling Jaya: Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa lebih selesa memilih untuk mengekalkan kehidupan peribadinya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin secara privasi.

Nabila turut menafikan dakwaan netizen bahawa rumah tangganya bermasalah hanya disebabkan jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial.

“Suami saya seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di media sosial, secara tidak langsung saya pun jadi terikut dengan sikapnya itu.

“Bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik. Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sikitlah.

“Namun, itu tidak bermakna retak atau apa. Kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, ajal, maut ini semuanya kerja Tuhan.

“Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau membuat andaian,” katanya ketika ditemui di Majlis Kucate Gold Rally Winner Celebration di Mutiara Damansara, di sini.

Mengulas mengenai kehidupan peribadinya yang sering menjadi perhatian netizen, Nabila menganggap perkara itu sebagai lumrah kehidupan sebagai keluarga selebriti.

“Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bekas suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri.

“Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan,” katanya.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,593FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat