Fast track baiki sekolah daif, tiada karenah birokrasi -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan (KPM) diarah memberi keutamaan atau laluan pantas (fast track) untuk kerja-kerja memperbaiki dan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak mahu sebarang kerenah pentadbiran mengganggu pelaksanaan segera urusan melibatkan sekolah-sekolah daif, selaras dengan keutamaan dalam Belanjawan Madani 2023 yang memperuntukkan peruntukan terbesar untuk sektor pendidikan.

Beliau berkata, situasi kritikal yang sekian lama membelenggu para guru dan murid sekolah terlibat, contohnya isu tandas rosak tidak seharusnya terjadi tatkala pertumbuhan negara dalam keadaan membanggakan.

“Saya telah memberikan arahan kepada Kementerian Kewangan dan KPM untuk menjalankan mengikut fast track, saya tidak mahu ada sebarang kerenah pentadbiran yang menganggu pelaksanaan segera sekolah-sekolah daif.

“Bagaimana boleh kita mengeyakan sekolah-sekolah dalam keadaan negara memacu pertumbuhan membanggakan, dalam keadaan di mana hasilnya bertambah dan kita pernah mencatat kejayaan yang sangat membanggakan.

“Tetapi di sekolah-sekolah kalau ada lapan tandas, empat rosak. Ada sekolah empat tandas, tiga rosak. Jadi kita nak didik anak-anak tanpa kemudahan-kemudahan asas, ini yang mempengaruhi saya. Bukan laporan, bukan kajian daripada pakar-pakar. Melihat dari mata, melihat dari peringkat serendahnya,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di Melaka, pada Selasa lapor Utusan.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

KPM memperoleh peruntukan tertinggi berjumlah RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion, tahun lalu.

Daripada nilai itu, sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat setiap golongan pelajar.

Ini meliputi peruntukan RM920 juta untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk kesegeraan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat