Pahang Lulus RUU Terekat

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Tarekat pada persidangan dewan undangan negeri (DUN) yang berakhir Jumaat lalu.

RUU itu dibentangkan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tujuan utama RUU itu diperkenalkan adalah bagi memastikan kegiatan tarekat boleh didaftarkan dan dibenarkan beroperasi di Pahang.

“Selain itu, ia juga dapat memudahkan pemantauan dan pembendungan sebarang ajaran sesat menggunakan nama tarekat di negeri Pahang.

“Pelaksanaan enakmen ini kelak diharap dapat memberi kesan seperti amalan tarekat tawasuf dimasyarakatkan dan tidak diamalkan secara sembunyi-sembunyi,” katanya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pengamal tarekat dan masyarakat akan dapat pendedahan tepat secara ilmiah berkaitan tarekat tasawuf.

Kerajaan negeri juga berharap RUU itu dapat membendung gerakan ajaran sesat di Pahang.

“Kita mahu mewujudkan organisasi kumpulan tarekat yang sistematik dan terorganisasi.

“Proses membimbing dan mentarbiah pengamal tarekat ini akan diselia Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah dan Pendaftar Tarekat negeri,” katanya lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat