Apa fungsi Kabinet hingga isu Kalimah Allah dan vape hanya melalui nota makluman?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Fungsi dan peranan Kabinet dipersoalkan apabila dua keputusan besar seperti penggunaan kalimah Allah dan mengeluarkan nikotin dalam cecair/gel (vape) daripada senarai racun.

Profesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar mempertikai apa sahaja yang dibincangkan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguan apabila isu-isu besar seperti itu hanya bergantung kepada nota makluman.

“Dalam isu kalimah Allah, Menteri Kementerian Dalama Negeri (KDN) kata hanya memo makluman di hantar kepada Jemaah Menteri.

“Apa sahaja yang dibincangkan oleh Jemaah Menteri? soal Dr Rafidah Hanim dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Tambah beliau, bagaimana KDN membuat keputusan tanpa berbincang dengan Jemaah Menteri, yang didalamnya ada Menteri Agama dan sudah tentu isu ini beliau adalah pemegang taruh?

“Perkara bagaimana yang bergantung kepada “nota makluman” sehingga jemaah Menteri tak boleh berbincang?

“Apa guna Jemaah Menteri?

“Kemudian setelah nota makluman disampaikan, tidak adakah alasan atas keputusan yang begitu besar kepada umat Islam dan perundangan syariah? Kenapa kerajaan perpaduan sekarang tidak mahu merayu? katanya lagi.

Begitu juga dalam isu vape, katanya Menteri Kesihatan (seorang wanita dan doktor perubatan) menggunakan kuasa beliau tanpa dibincangkan dengan Jemaah Menteri untuk keluarkan nikotin dalam cecair/gel (vape) dari senarai racun, menentang nasihat pakar-pakar.

“Sehingga anak-anak kita ketiadaan perlindungan daripada industri vape,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat