Anwar, Kerajaan Turkiye Puji Profesionalisme Pasukan SAR Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Turkiye berbangga dengan kesungguhan, kecekapan dan tahap profesionalisme yang tinggi sewaktu pengoperasian pasukan mencari dan penyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.

Menurut Anwar, maklum balas daripada kepimpinan Turkiye dan pemerhatian beliau semasa lawatan ke salah satu lokasi terjejas mendapati pasukan SAR telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa.

“Secara peribadi, saya menganggap seluruh mereka yang terlibat dalam misi khas mencari dan menyelamat ini sebagai mereka yang amat cekal dan berani.

“Kecekalan mereka untuk berkhidmat di kawasan pusat-gempa (epicentre) berhadapan dengan cuaca yang ekstrem dan situasi yang amat berbahaya kerana struktur bangunan yang tidak stabil berikutan gempa susulan yang masih berlaku merupakan pengorbanan yang luar biasa,” puji Anwar dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam lawatannya, Perdana Menteri telah bertemu dengan pasukan SAR Malaysia pada 15 Februari 2023 di Nurdagi, Gaziantep, salah satu kawasan yang paling terjejas teruk akibat kejadian gempa bumi di Turkiye baru-baru ini.

Menurutnya, pasukan ini terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (SMART, NADMA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kor Kesihatan DiRaja Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Antara NGO-NGO yang terlibat dibawah misi ini ialah MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Setakat ini ,kekuatan Team Malaysia yang berada di Ground Zero dibawah SMART adalah seramai 140 anggota manakala yang berada di Hospital Medan di Adiyaman adalah seramai 110 anggota.

Untuk makluman, jumlah korban terkini setakat 16 Februari 2023 adalah sebanyak 41,232. Ini melibatkan jumlah korban di Turkiye seramai 35,418 dan di Syria seramai 5,814.

Katanya, bagi Ops Syria, kerajaan telah menghantar Pasukan Peninjau yang diketuai TKSU (Hubungan Dua Hala, KLN) delegasi seramai 21 orang yang terdiri dari pelbagai agensi dan NGO. Dua buah pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dihantar ke Syria bagi misi bantuan ini yang akan berlepas pada hari Sabtu, 18 Februari, jam 10 malam. Penerbangan ini dijangka tiba di Damsyik pada Ahad, jam 10 pagi (waktu tempatan).

“Selepas itu, saya telah menemui Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bagi menzahirkan solidariti dan semangat persaudaraan rakyat Malaysia dengan rakyat Turkiye berikutan bencana yang melanda negara itu.

“Berdasarkan kepada solidariti dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu mereka yang terjejas di Turkiye, pihak Kerajaan ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti Kementerian Luar Negeri (KLN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi-agensi lain yang terlibat.

“Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan, individu dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun. Sewaktu pertemuan bersama Presiden Turkiye, saya turut menyampaikan rasa simpati, empati dan ihsan warga Dewan yang mulia ini akan bencana yang berlaku di negara mereka,” katanya.

Ini senarai penyumbang dana bencana Turkiye Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) sebanyak RM23.5 juta; Yayasan Albukhary RM 10 juta;
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) RM 4.4 juta; Brahim’s Dewina Group (sumbangan barangan) RM 3 juta;
YTL Corporation Berhad RM 2 juta; Yayasan Sime Darby RM 1.5 juta; Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA (sumbangan barangan) RM 1.2 juta; NGO India Muslim melalui Yayasan Pendidikan Islam RM 1.5 juta.

Selain itu, turut menyumbang Kuala Lumpur Kepong Berhad RM 1 juta; Tenaga Nasional Berhad RM 500 ribu; FGV Holdings Berhad RM 500 ribu; Berjaya Group RM 500 ribu; IOI Corporation Berhad RM 500 ribu; Ranhill Holdings Berhad RM 300 ribu; Microlink Solutions Berhad
RM 100 ribu; YHA Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. RM 100 ribu dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) RM 2,000.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat