93 Daripada 136 Ventilator Tak Boleh Guna, Rugi RM13.07 Juta – Ketua Audit Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan berdepan anggaran kerugian sejumlah RM13.07 juta kerana sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) antara 2020 hingga April 2022 ketika pengurusan Covid-19, tidak dapat digunakan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata, turut didapati dalam audit yang dibuat terhadap aktiviti KKM itu adalah lebihan alat pelindungan peribadi (PPE) yang ketara dengan nisbah penggunaan antara 2.2 peratus dan 3.1 peratus masing-masing membabitkan sarung kasut dan sut PPE.

Katanya, ia berbaki sebanyak 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE.

Beliau berkata, audit yang dijalankan juga mendapati sejumlah RM145.37 juta baki peruntukan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) masih belum dipulangkan oleh dua kerajaan negeri.

“Terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan program yang perlu diberi perhatian iaitu sejumlah RM145.37 juta baki peruntukan dana KWAN masih belum dipulangkan oleh Kerajaan Negeri sehingga April 2022.

“Sebanyak 93 unit ventilator yang dibekalkan oleh syarikat kepada fasiliti KKM tidak dapat digunakan. Ini menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM13.07 juta,” katanya pada sidang media LKAN Tahun 2021 Siri 2, di Putrajaya, pada Khamis.

Laporan berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

Lapor BH Nik Azman berkata, dua negeri yang masih belum mengembalikan dana KWAN adalah Selangor dan Sabah, yang sepatutnya dipulangkan selepas program itu tamat pada Oktober 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat