Muhyiddin Ingat Dia Perdana Menteri Paling Popular? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menganggap dirinya sebagai Perdana Menteri paling popular,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Muhyiddin ingat dia Perdana Menteri paling popular. Dijaja ke sana ke mari.

“Akhirnya boleh bertahan 17 bulan sahaja. Sempat buat banyak kerosakan,” dakwa Puad.

Beliau membidas perbahasan bernada keras Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, semalam.

“Kenyataan Muhyiddin semasa berbahas di Parlimen itu memang keras. Nada orang marah dan beremosi.

“Muhyiddin tunjuk berani walaupun bimbang dirinya mungkin didakwa,” kata Puad dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu menempelak Muhyiddin yang berkata, kerajaan hari ini menyasarkan pentadbirannya.

Muhyiddin (PN-Pagoh) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) cuba memfitnahnya dan Perikatan Nasional (PN), menjelang pilihan raya enam lagi negeri tahun ini.

“Akan ada tindak balas. Saya bagi amaran. Jangan main-main dengan sentimen rakyat, bukan kami di sini sahaja.

“Rakyat berjuta-juta di luar sana melihat telatah kerajaan, pimpinan yang ada pada hari ini bersikap dengan niat jahat.

“Hanya ini yang saya cakap, ini tidak adil. Kamu fikir boleh bertahan selama-lamanya?” soal Presiden Bersatu itu lagi.

Ekoran kenyataan Muhyiddin itu, Puad mentafsir bahawa bekas Perdana Menteri itu marah kerana Anwar kerap bangkit kesalahan tata kelola kewangan pentadbirannya.

“Muhyiddin lupa dia yang cuba bertahan lama sampai minta darurat dan gantung Parlimen.

“Dia cuba sambung tempoh darurat tetapi ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja,” kata Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat